Mereka seperti kereta lapuk. Body partnya sudah bertaraf besi buruk.
Gear yang hampir tidak berfungsi. Enjin selalu mati. Mengeluarkan asap
hitam pekat melalui exos. Menyusahkan pemilik kereta yang terpaksa
mengeluarkan wang belanja memperbaiki bahagian-bahagian kereta yang
rosak. Wang habis terbelanja, kereta masih bermasalah teruk. Andai
dikira jumlah wang yang dibelanjakan untuk memperbaiki kerosakan
tersebut, sudah mampu membeli sebuah kereta baru yang tidak mempunyai
kerosakan malah lebih selesa dan canggih. Jadi, mengapa tidak memilih
untuk membeli kereta yang baru sahaja?
Tahukah anda apa yang hendak saya maksudkan? Itulah perumpamaan kerajaan Malaysia yang diterajui BN sekarang. Kepimpinannya sudah lapuk. Pengurusan pentadbiran negara tidak telus. Banyak masalah penyelewengan semakin dibongkar. Setiap keputusan BN selalu sahaja menguntungkan sebelah pihak. Tender diberikan kepada kroni, projek tidak berkualiti seperti yang diharapkan, perbelanjaan yang boros dan sebagainya. Sebab itu tidak hairan jika adanya stadium yang runtuh, projek scorpene yang second hand tidak dapat menyelam, dan masjid berjuta tetapi tersarah arah kiblat. Itulah BN, bila kepimpinan sudah tidak berkualiti lagi maka negara pun menjadi tidak berkualiti. Jangan sampai rakyat menjadi busuk kerana terikut akan pemerintahan BN yang keinggalan zaman ini.
( Maksudnya : “Nabi salallahualaihiwasalam telah memanggil kami, lalu kami berbaiah dengannya. Baginda berkata ketika berbaiah, supaya kami dengar dan taat, samada ketika kami dalam keadaan cergas (senang), atau dalam keadaan benci, keadaan susah atau dalam keadaan mudah, Dan kami dipesan agar tidak menanggalkan urusan kepada ahlinya (mencabut ketaatan kami kepadanya) melainkan setelah kamu melihat kekufuran yang nyata disisi kamu daripada Allah yang menjadi bukti (keterangan).” (Hadis sahih riwayat Bukhari ms. 13 Jilid 8 di dalam Fathul Bari, Muslim dan Tirmidzi)
Rakyat sudah bangkit dan sedar. Inilah masanya mencuba kereta yang baru.
Menguji keupayaan kereta baru tersebut sudah pasti terbayang akan
aircondnya yang sejuk, bunyinya senyap tetapi laju, tidak mengeluarkan
asap hitam dan sebagainya.
(surah An-Nisa ayat 141 yang bermaksud : "Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman.")
0 ulasan:
Post a Comment