Salam alayk'. Tidak ramai yang menyedarinya, ada juga yang tidak memahaminya. Melihat dinamisme arah gerakan da'wah hari ini yang begitu postitif dalam membuat satu 'tajdid', saya bertambah yakin bahawa langkahan bagi mengembalikan nafas Islam semakin subur. Biasanya kita menyempitkan pemikiran kita bahawa tugas-tugas gerakan da'wah hanyalah sekitar mengadakan program kemasyarakatan keluar masuk kampung, berceramah, menguasai isu dalam segenap hal siasah secara basisnya.
Saya agak cenderung dalam isu pendidikan apatah ianya merupakan satu senjata yang ampuh dalam mengimplementasi tarbiyyah yang telah di'sistem'kan melalui Qaedah Sulbah dimana kaedah ini menjadi satu titik asas dalam mencapai maqasid gerakan da'wah. Berasaskan konsep tarbiyyah, ta'alim dan ta'adib, saya yakin sistem pendidikan beracuankan Islam ini akan terus disambut oleh ummah.
Dalam arus masa kini, gerakan da'wah harus bersifat 'lagak'nya seperti sebuah kerajaan, yang melihat kepada keseluruhan aspek termasuklah aspek pendidikan. Kepentingan pendidikan beracuankan sistem Islam harus dipopularkan dan digunakan bagi mengembalikan umat Islam secara khususnya mencapai 'fardun muslim' dan pada masa yang sama untuk menyaingi sistem pendidikan berbasiskan sekular yang diwarisi dari penjajah Barat.
Al-Ikhwan Al-Muslimun & Pendidikan
Aktivis gerakan da'wah tidak kira dari mana lapangan sekalipun termasuklah politikus seharusnya tidak memandang 'sebelah mata' mengenai hal ini. Gagasan pendidikan beracuankan sistem Islam ini bukan perkara baru dalam gerakan da'wah, bahkan gerakan Islam seperti Al-Ikhwanul Al-Muslimun menjadikan pendidikan sebagai aktiviti asas mereka di era pimpinan Hassan Al-Banna.
Aktivis gerakan da'wah tidak kira dari mana lapangan sekalipun termasuklah politikus seharusnya tidak memandang 'sebelah mata' mengenai hal ini. Gagasan pendidikan beracuankan sistem Islam ini bukan perkara baru dalam gerakan da'wah, bahkan gerakan Islam seperti Al-Ikhwanul Al-Muslimun menjadikan pendidikan sebagai aktiviti asas mereka di era pimpinan Hassan Al-Banna.
Dalam kebangkitan da'wah Ikhwan di Mesir, pelbagai gesaan dibuat oleh mereka kepada kerajaan Mesir supaya mengambil berat pengajaran agama dan prinsip-prinsip akhlaq yang mulia kepada generasi muda yang sedang meningkat umur. Perlu diketahui bahawa diantara empat matlamat persekolahan yang sepatutnya dilaksanakan oleh gerakan da'wah ialah menyebarkan prinsip agama Islam, meningkatkan taraf akhlaq dan moral, kemegahan terhadap tamadun Islam dan menyediakan pakar-pakar dalam semua bidang sains untuk membantu kebangkitan Islam.
Al-Ikhwan juga menubuhkan Jawatankuasa Khas Pendidikan yang bertanggungjawab membina sekolah-sekolah bersistemkan Islam, dan amat mementingkan kualiti sistem dan juga staf gurunya. Sebagai contoh, Al-Ikhwan memecat guru-guru yang tidak jujur, tidak berakhlaq Islam dan yang tidak mengambil berat tentang Islam. Itulah uniknya sistem pendidikan beracuankan Islam.
Merungkai Salahfaham Terhadap Pendidikan
Adalah satu kesilapan apabila aktivis da'wah tidak menjadikan agenda pendidikan sebagai satu amal dan mensia-siakannya. Saya berkeyakinan melalui jalan pendidikan, gerakan da'wah lebih banyak mendapat keuntungan dari sudut siasah, tarbiyyah dan da'wah.
Dari sudut siasah, gerakan da'wah yang mempelopori sekolah-sekolah akan mendapat penghormatan sewajarnya daripada masyarakat. Bahkan dari sudut yang lain, ianya dapat mentarbiyyah masyarakat memahami Islam dan membuka 'engagement' dengan ramai pihak dalam mempromosikan Islam sebagai Ad-Deen (cara hidup).
Para aktivis gerakan da'wah di masa kini seharusnya lebih bergerak dengan lebih jauh bahkan idea dalam memberi perkhidmatan bukan setakat menubuhkan sekolah-sekolah, lebih kritis lagi dengan membuka klinik-klinik atau hospital yang bersistemkan Islam. Sedarlah ikhwah dan akhawat, sudah terlalu lama kita mengharapkan perkhidmatan dari aset yang bersistemkan barat, sudah-sudahlah tu! Mari bebaskan penjajahan pemikiran sistem pendidikan ala barat dan merdekakan pemikiran kita dengan sistem Islam. Jom beralih ke sistem Islam. Bagaimana? Setuju?
0 ulasan:
Post a Comment