01 March, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SABAH 1431H

Share
Sumber: http://abunuha.wordpress.com

Lebih 100 kontinjen mewakili pelbagai sekolah, institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, masjid dan surau, jabatan kerajaan dan swasta menyertai perarakan dan pertandingan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah.

Perarakan bermula pada jam 7 pagi dari Padang Merdeka Kota Kinabalu menuju ke Wisma MUIS Kota Kinabalu sejauh 3 km diketuai oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Tun Hj Ahmadshah Abdullah bersama menteri kabinet negeri.

Di Wisma MUIS antara pengisian penting ialah tazkirah oleh Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Ust Farid Ravi Abdullah.

Di hujung majlis, TYT Tun Ahmadshah sudi menyampaikan Tokoh Maulidur Rasul kepada Dr Muhyidin Yusin yang juga Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Selain itu beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sepanduk, perarakan dan perbarisan.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.