15 December, 2011

Zahid tidak matang berdepan soal pertahanan negara

Share

sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KOTA KINABALU, 14 Dis: Dewan Pemuda PAS Sabah hari ini menyanggah kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu aset pertahanan negara.

Ketua Penerangannya, Mohd Julfikar Abd. Mijan berkata, selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam hubung kait pertahanan negara, adalah menjadi satu usahanya untuk memastikan kekuatan dan kaedah pertahanan negara berada dalam keadaan yang baik.

“Kita hanya menyatakan kebenaran dan kegusaran… bukannya mahu bercakap banyak seperti apa yang didakwa beliau,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Unit Media PAS Sabah.


Menurut Julfikar lagi, pelawaan Zahid kepada PAS untuk melawat pangkalan kapal selam di Sepanggar, Sabah juga menunjukkan ketidakmatangan beliau menghadapi suara dan desakan rakyat.

“Kita bukan nak minta lawat kapal selam… kita nak tahu kapal itu boleh menyelam atau tidak.

“Apa-apa pun kita ucap terima kasih lah kepada kementerian kerana baru hari ini menjemput kita untuk lawat kapal berkenaan,” ujarnya.

Zahid sebelum ini telah mempelawa Pakatan Rakyat yang mempertikaikan kemampuan aset pertahanan negara untuk melihat sendiri kemampuan aset pertahanan tersebut, sekali gus menyanggah tohmahan yang dibuat Pakatan Rakyat.

PAS juga turut menegaskan bahawa, soal pertahanan negara tidak perlu dijadikan bahan mainan kerajaan UMNO/ Barisan Nasional.

Tegasnya, aset pertahanan negara, kedudukan beliau sebagai menteri dan keupayaan kepimpinannya adalah hak rakyat untuk mengetahui sejauh mana kemampuan dan keselesaan yang diberikannya kepada rakyat. 

“Ini duit rakyat bukan duit Pakatan Rakyat dan bukan duit UMNO/ Barisan Nasional. Dia kena sedar bahawa, kedudukan dia selaku menteri dan ahli parlimen adalah kerana rakyat yang menyokong dan mengundi,” tegas Julfikar.

PAS juga mencabar Menteri Pertahanan itu untuk diadakan secara langsung mengenai kemampuan kapal selam tersebut bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa tohmahan yang dilemparkan Pakatan Rakyat itu tidak benar.

“Kalau dia (Zahid Hamidi) benar-benar mahu tunjukkan bukti, adakan siaran secara langsung dalam TV… tunjuk kepada orang ramai, ini kapal boleh menyelam dengan baik.

“Tapi bukan setakat menyelam saja, apa-apa yang berkaitanlah. Macam… sedalam mana boleh menyelam, sejauh mana kapal itu menyelam dan bergerak, dan kemampuan kapal itu menghadapi musuh negara,” katanya yang juga bekas anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Komen Via Facebook

3 ulasan:

Anonymous said...

“Kita bukan nak minta lawat kapal selam… kita nak tahu kapal itu boleh menyelam atau tidak.

dah bagitahu lama dah...

Anonymous said...

apa cerita hassan ali tu ha

Teh Tarik 1 said...

bagus atas keperihatinan dewan pemuda pas dlm isu keselamatan negara, soal boleh menyelam @ tidak sudah dijelaskan. Soal kemampuan pula, memandangkan ia aset yg canggig dan begitu baru dlm ATM harap dewan pemuda paham, kapal selam bukan macam kereta yg dewan pemuda pkai, 2 3 bulan dh tahu kemampuan. sekali sekala rujuklah sumber2 berkenaan pertahanan sprt mjlh2 pertahanan. Aset ini sngat baru dan perlukan masa untuk betul2 menguasainya.

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.