sumber: http://bm.harakahdaily.net | | | |
Mohd Firdaus |
KOTA KINABALU, 7 Dis: Dewan Pemuda PAS Sabah menyeru rakyat di negeri ini sekali lagi berani membuat perubahan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti demi kebaikan dan kesejahteraan tanah air. Ketua Penerangannya Mohd Zulfikar Abd Mijan (gambar) menegaskan bahawa kemajuan dan kekayaan negeri Sabah ini tidak setimpal dengan apa yang rakyat dapat daripada perkara tersebut. Katanya, kemenangan rakyat Selangor dalam membentuk kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya tidak dipandang sepi kerana banyak manfaat dan keadilan yang diperoleh. “Pilihanraya 2008 lalu, menyaksikan perubahan drastik rakyat terhadap kepimpinan kerajaan. Selangor yang dahulunya dicengkam hebat Barisan Nasional, berjaya ditembusi Pakatan Rakyat. “Ini kemenangan rakyat. Sudah berpuluh tahun rakyat Selangor mengimpikan kerajaan kebajikan dan hari ini, dapat dirasai semua rakyat Selangor,” katanya. Menurut Zulfikar lagi, rakyat Sabah merupakan rakyat yang berani membuat perubahan. Katanya, Sabah yang sebelum ini pernah dipimpin oleh beberapa parti sebelum Barisan Nasional bakal menyaksikan kejatuhan BN yang selama ini rakus mengaut keuntungan tanpa perhitungan besar buat Sabah. “Rakyat Sabah ialah rakyat yang berani membuat perubahan. Justeru, saya mengajak sekali lagi untuk saya dan rakyat Sabah semuanya untuk membuat perubahan yang lebih besar,” ujarnya. Beliau memberi contoh mengenai kekayaan Selangor yang dibuat pengagihan sama rata untuk kesenangan rakyatnya. Katanya, Rakyat Selangor kini menikmati 20 meter padu air percuma, pemberian bantuan pendidikan kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti dan sebagainya. Melihat kepada perkara tersebut, beliau tidak menolak bahawa kekayaan hasil bumi yang dimiliki Sabah pada hari ini mampu memberikan yang jauh lebih baik buat rakyatnya. “Apa kita tidak malu dengan pengumuman Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia? Kita marah dengan kerajaan Persekutuan yang hanya tahu mengaut keuntungan hasil bumi Sabah tapi tidak tahu bagaimana nak mengurus rakyat,” katanya. |
0 ulasan:
Post a Comment