29 December, 2011

Finalis Pertandingan Video OSEM APG '11

Share

sumber: http://asrarqulub.blogspot.com/


Semua video yang menyertai Pertandingan Video Osem APG '11 menarik-menarik belaka. Sangat santai dalam menyampaikan mesej-mesej chenta (dakwah) dengan menggunakan elemen multimedia sebagai perantara.

Saya tidaklah sehebat mereka. Hanya mampu menulis (sedikit) dan mendoakan agar mereka terus istiqamah dalam medan dakwah (juga islah). InsyaAllah akan cuba menghasilkan karya seperti mereka.

Tahniah dan syabas kepada penganjur, peserta, dan pengundi. Teruskanlah usaha baik anda sehingga kembali kerajaan Islam di muka Bumi ini (InsyaAllah)

Disenaraikan lima video OSEM! undi tertinggi (mengikut urutan undian tertinggi) dan jika tidak keberatan tontonlah juga karya-karya lain yang turut menyertai Pertandingan Video OSEM APG '11 ini.

1. Bulatan Gembira di Bumi Sonata oleh Krun. R
2. Gergasi, Perwira dan Orang Kampung oleh Muhamad Faiz Pazanon
3. Best Friend Till Jannah oleh creativeAUKY
4. Syahadatul Haq - Penyaksian Kepada Kebenaran oleh Madmie
5. Bulatan Gembira Yang Sumpah OSEM!! oleh caramelpopcorn227

Sangat kreatif bukan? Karya-karya ini tidak selayaknya hanya anda sahaja yang menontonya. Lebih berfaedah jika anda tekan butang 'Share' atau muat turun dijadikan bahan santapan rohani kepada sekalian umat manusia.

Jika anda telah pun berbuat demikian, Alhamdulillah! OSEM!

Jika anda teruja dan teringin menjadi seperti mereka, tidak perlulah diadakan pertandingan barulah mahu menghasilkan karya. Mulakan sekarang! Jangan tunggu lagi!

NOTA:

  1. Pemenang akan diumumkan tanggal 31 Disember 2011
  2. Artikel asal [ Link ]
  3. Juri adalah  Inche Gabbana (pemilik APG [angelwearsgucci dot blogspot dot com], Puan Wardina Safiyyah dan Inche Hadi Pahmi.
  4. Terdapat lebih kurang 31 video OSEM! dimuat naik di youtube
  5. OSEM! (Ordinary Self, Extraordinary Muslim!)


Kritikanmu, Pujian untukku!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.