10 November, 2011

PAS Sabah sedia bawa suara rakyat pelbagai kaum

Share

sumber: harakahdaily.net
| Print |
Mohd Firdaus   
KOTA KINABALU, 10 Nov: Keunikan negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan suku merupakan satu anugerah yang tidak ternilai.
Faktor georafi dan demografi yang timbul tidak sama sekali mematahkan semangat Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) untuk bergiat cergas dan aktif di tengah-tengah lautan manusia.
Ketua penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata, PAS sudah mula dikenali oleh semua lapisan masyarakat Sabah tanpa mengira kaum dan keturunan.
“PAS sudah mula diminati oleh golongan remaja dan anak muda. Masuklah ke kampung-kampung sejauh pedalaman di Keningau, PAS sudah mula dibicarakan di bibir rakyat,” jelasnya.
Menurutnya, pendedahan isu penjualan pulau Sabah yang didedahkan oleh PAS baru-baru ini telah mula membuka mata masyarakat Sabah yang sudah mula sedar peranan PAS yang dibawa hanyalah untuk kemudahan dan kemajuan rakyat.
PAS Sabah terutama katanya, bukan lagi hanya berkisar di pepenjuru masjid dan surau serta disebalik dinding-dinding konkrit malah sudah menjangkaui masa dan setiap sudut pepenjuru di jajahan negeri Sabah.
“Kita tidak sekadar mampu nak kendali program-program keagamaan sahaja. PAS sudah tembusi masjid dan surau, PAS juga telah berjaya menguasai setiap sempadan negeri Sabah,” ujarnya ketika ditemui di Pejabat Pemuda PAS Sabah.
Ketika ditanya mengenai kemampuan untuk menjadi teras dan keutamaan suara rakyat, beliau menjawab bahawa PAS Sabah sudah bersedia untuk mewakili golongan sasar seperti golongan belia dan anak muda juga termasuk dengan mana-mana kaum sebagai generasi pelapis bagi mengetengahkan isu dan rintihan mereka.
“PAS Sabah akan menjadi dominan dan penyebar rintihan mereka. Sudah lama mereka ini disisihkan oleh pembangunan Barisan Nasional tanpa kerelaan mereka.
“Kita mampu membawa suara rakyat ke persada politik. PAS bukan politik semata, kerana lahirnya PAS adalah mewakili suara dakwah dan tarbiyah,” ujarnya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapatnya unsur fitnah yang dibawa golongan tertentu yang berasa terancam setelah melihat kemajuan perjuangan PAS di bumi Sabah.
“Saya memperingatkan bahawa masyarakat Sabah supaya jangan mudah untuk mempercayai berita-berita negatif terhadap PAS di sini. Itu mereka yang merasakan dirinya sudah terancam kuasanya apabila berhadapan dengan PAS,” katanya.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.