04 September, 2011

30 Orang Peneroka Sukau Bakal Ke Penjara

Share
Sumber: http://legehiyyah.blogspot.com/


Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib 30 orang peneroka tanah di Sukau, Kinabatangan yang bakal dihumban ke penjara kerana ingkar perintah mahkamah untuk keluar dari tanah mereka yang kini menjadi hak milik Syarikat Campo kepunyaan Datuk Nasir Yeop yang juga pemilik syarikat susu SIP.

[Gambar : Khatib Kosoi, wakil mangsa]
30 orang keluarga peneroka ini tewas dalam pembicaraan dalam mempertahankan hak mereka dan diarah keluar pada tahun 2008. Mereka tetap berkeras kerana ini adalah tanah yang mereka terokai, ditanam dengan sawit dan bergantung hidup pada hasil kebun tersebut untuk menyara keluarga mereka.
“ Tanah seluar 480 ekar milik 30 peneroka ini telah kami mohon dan usahakan sejak tahun 1989. Gran tanah milik syarikat Campro itu bertarikh tahun 2000. Ini jelas menunjukkan mereka lebih terkemudian daripada kami”. Jelas Khatib Kosoi yang mewakili 30 orang peneroka Sukau mempertahankan hak mereka.
“ Kami bertegas tidak mahu keluar dari tanah kami ini kerana kami sedar kami terainaya. Kami berhadapan dengan penguasa dan mereka yang cukup segalanya untuk menang dalam perbicaraan”. Tambah Khatib lagi.
Mereka ini diarahkan hadir ke mahkamah Tinggi Sandakan pada 12 September ini atas tuduhan menghina mahkamah kerana engan keluar dari tanah tersebut.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.