Bersempena dengan kehadiran Ramadhan al-Mubarak, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA) Cawangan Sabah pada 23 Julai 2011 telah berjaya menganjurkan program “Diskusi Ramadhan” bertempat di Dewan Sri Kinabalu, Hotel TAHA D’ Bayu, Kota Kinabalu Sabah. Ceramah jemputan dalam diskusi ini adalah Yang Berbahagia Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz, Mantan Pegawai Istana Negara.
Program diskusi yang dilaksanakan setiap tahun ini (kali kedua) diadakan bagi memberi peluang kepada kaum musmin dan muslimat menambah dan memperkukuhkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan amalan dalam bulan Ramadhan. Peserta juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada Yang Berbahagia Dato’berhubung dengan persoalan dan kemusykilan yang dihadapi dalam melaksanakan ibadah di dalam bulan Ramadhan.
Antara perkara yang ditekankan oleh penceramah adalah berkenaan sikap ibu bapa kini yang sangat mengambil berat pelaksanaan ibadah puasa dikalangan anak-anak yang berumur 5 – 8 tahun. Sedangkan pada masa yang sama pelaksanaan solat 5 waktu kurang ditekankan. Bonus atau pahala yang berganda daripada Allah Subhanahu wata’ala bagi setiap amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan wajar dijadikan rebutan bagi setiap individu muslim.
Semoga majlis seumpama ini dapat diteruskan dan ditingkatkan penganjurannya pada tahun hadapan. Sebagai rekod, seramai 350 orang telah hadir dalam Diskusi yang berakhir pada jam 11.00 malam.
-----------------------------------------
AMAL MALAYSIA CAWANGAN SABAH
ANJUR
MAJLIS “MAKAN MALAM AMAL”
ANJUR
MAJLIS “MAKAN MALAM AMAL”
Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA) Cawangan Sabah pada 22 Julai 2011 telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Amal. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat dengan AMAL MALAYSIA Caw. Sabah khususnya para penyumbang yang setia dan sentiasa memberi kepercayaan kepada AMAL MALAYSIA dalam melaksanakan misi kemasyarakatan di negeri Sabah.
Seramai 120 orang telah hadir dalam Majlis Makan Malam ini yang diadakan di Dewan Sri Semporna, Hotel TAHA D’Bayu, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis didahului dengan tayangan khas sempena 5 tahun penubuhan AMAL MALAYSIA di negeri Sabah. Majlis diikuti dengan tazkirah khas daripada finalist Imam Muda musim kedua, Ust. Fakhrorrazi Bin Hussin. Imam Muda Fakhrorrazi menggantikan tempat Dato’ Abu Hassan Din yang tidak dapat hadir pada malam tersebut akibat masalah pernerbangan yang dihadapi.
Adalah diharapkan, para hadirin yang hadir majlis Makan Malam Amal ini mendapat maklumat tambahan mengenai gerak kerja AMAL MALAYSIA Caw. Sabah selama 5 tahun penubuhannya di negeri Sabah. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal atas segala sumbangan dan kepercayaan yang diberikan.
--------------------------------------------------------
IMAM MUDA FAKRUL
HADIR PROGRAM ANJURAN
AMAL MALAYSIA CAWANGAN SABAH
HADIR PROGRAM ANJURAN
AMAL MALAYSIA CAWANGAN SABAH
Peserta finalist Imam Muda Musim Kedua, Imam Muda Fakrul atau nama penuhnya Fakhrurrazi Bin Hussin telah hadir dalam mengisi beberapa slot bersempena “Program D’Ambang Ramadhan” di sekitar Kota Kinabalu anjuran AMAL MALAYSIA Caw. Sabah. Sepanjang 3 hari berada di Kota kinabalu ( 22 julai – 24 Julai) Imam Muda Fakhrul di bawa ke beberapa lokasi bagi berkongsi ilmu dan pengetahuan kepada masyarakat Islam khusus kepada peminatnya di Negeri Sabah.
Pada hari pertama (22 Julai), Imam Muda Fakrul telah memberi tazkirah ringkas di Majlis Makan Malam Amal bertempat di Hotel TAHA D’Bayu, Kota Kinabalu. Pada hari kedua (23 Julai), Imam muda Fakrul telah hadir dalam memberi pengisian di beberapa lokasi yang terpilih. Kuliah subuh di Masjid Lok Kawi Lama, Ceramah Motivasi kepada penuntut di Ma’ahad Tahfiz Wal Qiraat Negeri Sabah, lawatan serta tazkirah kepada ibubapa di Sekolah Rendah Tahfiz Bandar Saera dan pada malamnya “Bicara Ramadhan” bersama pelajar dan pensyarah di Masjid Politeknik Kota Kinabalu. Pada hari ketiga (24 Julai), kuliah subuh telah disampaikan kepada pelajar dan penghuni di sekitar Institut Latihan Perindusrian, Sepanggar.
Kehadiran Imam Muda Fakrul dalam program anjuran AMAL MALAYSIA Caw. Sabah ini menunjukkan kepada masyarakat bahawa keluaran peserta dalam program realiti yang berteraskan Islam seperti Program IMAM MUDA ini sangat berkesan dalam melahirkan insan yang berjiwa pendakwah. Semoga Imam Muda Fakrul terus berjaya dalam kehidupan dan tabah menghadapi cabaran yang mendatang.
0 ulasan:
Post a Comment