Mimpi disiang hari kadang-kadang ia boleh disamakan dengan angan-angan mat jenin. Angan-angan bermaksud apa yang difikirkan, direnungkan dan ingatan kita terhadap sesuatu. Angan-angan boleh menjadi negatif jika apa yang diimpikan tidak disusuli dengan tindakan untuk mencapainya. Manakala, berfikir sesuatu pada masa hadapan seolah-olah anda telah berjaya mencapai matlamat dengan tindakan dan usaha yang gigih adalah satu prekara yang positif demi mencapai apa yang diangankan.
Bagaimanakah diri anda 1 tahun akan datang ataupun 10 tahun akan datang. Apabila anda angan-angankan sebuah kejayaan ia sebenarnya telah membakar semangat anda untuk mencapat impian tersebut. Fikiran kita dipenuhi dengan gambaran, bayangan dan bukannya dengan perkataan. Apabila kita memenuhi fikiran kita dengan pelbagai kejayaan dimasa akan datang, insyaAllah kejayaan akan dimiliki. Tetapi berhati-hatilah kerana impian dan angan-angan yang terlalu banyak tanpa usaha hanya tinggal angan-angan sahaja, maka jadilah ia sebagai angan-angan mat jenin.
Zul : tuliskan segala idea yang berada di dalam fikiran anda dalam nota kecil supaya anda tidak terlupa idea-idea tersebut pada masa akan datang.
0 ulasan:
Post a Comment