25 May, 2011

Selepas cubaan Haramkan PKR gagal, Umno BN mahu 'bunuh' organisasi PAS pula

Share

sumber: http://masdarwahid.blogspot.com

Barisan Nasional (BN) Sabah kian tertekan dalam usahanya untuk menyekat pengaruh PAS yang kian mendapat sokongan rakyat di negeri itu.

Terbaru, BN pimpinan Datuk Seri Musa Aman didakwa mengarahkan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), menghentikan operasinya.

PASTI ialah tadika yang dikendalikan PAS dan turut membantu kanak-kanak Islam termasuk di Sabah belajar mengenai Islam di negeri itu.

Mengulas isu itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Hj Hamzah Abdullah (gambar) menyifatkan tindakan MPS itu sia-sia dan bertentangan dengan undang-undang dan semangat demokrasi di negara ini.

“Saya menasihatkan MPS supaya menghentikan tindakan yang sia-sia ini dan bertindak mengikut lunas demokrasi serta undang-undang yang sedia ada,” katanya.

Beliau merujuk notis yang dikeluarkan MPS bertajuk “Notis menghentikan operasi taska PASTI” bertarikh 23 Mei 2011 dengan nombor rujukan MPS:200-00/031/0004/007/.

Notis ini menuntut supaya PASTI menghentikan operasinya serta-merta.

Hamzah yang juga pejuang rakyat di negeri itu menegaskan, PAS tidak akan menghentikan operasi PASTI kerana kewujudannya sah dan memberi manfaat kepada masyarakat dalam membentuk peribadi Muslim.

Beliau turut memberitahu isu mengenai PASTI di Sabah sudahpun selesai sejak lebih 20 tahun lalu sebaik PAS melebarkan perjuangannya di negeri itu.

PASTI ditubuhkan sejak 25 tahun lalu dan sah menurut Perlembagaan PAS Fasal 6 (2)dan berdaftar dibawah Dewan Pemuda PAS Pusat serta dibenarkan perlembagaan parti.

"Bagaimana mungkin perlu menghentikan operasi PASTI sedangkan ia merupakan salah satu aktiviti parti yang disebut di dalam perlembagaan PAS.

“Sewajarnya MPS bertindak menutup pusat-pusat maksiat yang telah banyak menjerumuskan remaja Muslim ke lembah maksiat dan keruntuhan moral,” katanya.

Rekod menunjukan ini bukan kali pertama PAS dan organisasi bawahannya cuba diharamkan kerajaan Umno BN.

Sebelum ini wujud usaha menghapuskan perkataan Islam dalam 'Parti Islam SeMalaysia' itu.

Manakala rakan PAS iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) baru-baru ini turut berdepan ancaman diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sebuah lagi rakan Pakatan Rakyat itu, DAP sedang dipujuk pula Umno BN untuk melompat menyertai Umno namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng awal-awal lagi menolak jemputan itu.

Taktik memecahkan dan mengancam ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat akan terus dilakukan sehinggalah Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.