14 April, 2011

Menteri rampas tanah dikampung sendiri - Mashor

Share

sumber: http://masdarwahid.blogspot.com/


Tindakan Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak, Mohd Naroden Majais 'merampas' tanah rakyat di kampungnya sendiri merupakan isu utama yang membelenggu calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan, Mohd Naroden Majais.

Pengarah Strategi KEADILAN Sarawak yang juga calon DUN Simunjan, Dr Mashor Hossen berkata, Naroden berasal dari kampung Gedong yang turut terletak di DUN itu.

"Penduduk memberitahu kami bahawa Naroden merampas tanah mereka malah ratusan kes tanah terus membelenggu di kebanyakan kawasan di DUN ini seperti di perkampungan Temiang, Sungai Lingkau, Sual Empelas," katanya kepada Suara Keadilan.

Selain itu, kata Dr Mashor, penduduk juga berdepan masalah dinafikan hak dari menerima geran ditanah yang didiami sejak 48 tahun lalu.

Menurutnya, antara lima hingga 20 keluarga berada di DUN ini yang merangkumi 28 rumah panjang dengan majoritinya pengundi Iban.

Manakala Naroden, Adun lima penggal di kawasan itu antara yang berkuasa di Sarawak dalam meluluskan 'rampasan tanah' selepas Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber,
Awang Tengah Ali Hassan dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Menyentuh tentang pilihanraya kali ini, Dr Mashor yang juga bekas guru berkata, sebanyak 85 peratus di seluruh DUN itu sudah dilawati dengan fasa kempen kini memasuki fasa terakhir sebelum pengundian pada 16 April ini.

Dr Mashor berpengalaman sebagai pensyarah di Institut Perguruan Batu Lintang dan Institut Perguruan Tun Razak, di Kuching selama 29 tahun selain pernah menyandang Timbalan Pengarah Persatuan Guru-guru Sarawak di Kementeruan Pelajaran selama lima tahun.

Kini beliau diberi kepercayaan sebagai anggota pemikir di 'Sarawak Development Institute' sejak 15 tahun lalu.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.