15 April, 2011

Kempen DUN Saribas masuk fasa terakhir

Share

sumber: http://masdarwahid.blogspot.com

MASDAR WAHID

Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, kempennya ketika ini memasuki fasa terakhir.

Menurutnya, beliau sudah menemui ke semua 12 buah rumah panjang dan 16 perkampungan Melayu serta penempatan kaum-kaum lain yang berada di DUN tersebut.

"Alhamdulillah, semua kawasan kita sudah kami lawati. Kita optimis dan berupaya menawan DUN Saribas kali ini," katanya kepada Suara Keadilan.

Beliau yang hanya tewas 94 undi kepada calon BN pada pilihanraya negeri 2006, bagaimanapun masih bimbang dengan tindakan pihak lawan yang akan menabur wang jutaan ringgit menjelang saat akhir kempen berlangsung sebagaimana kelaziman dalam mana-mana pilihan raya.

"Kita berharap rakyat berfikir secara rasional. Wang dan barang yang diberi ambil, tetapi undi tetapkan dalam hati tetap untuk Pakatan Rakyat yang menawarkan dasar berkebajikan.

"Cuba fikir, pilihanraya kali ini, dia boleh bagi RM200, tetapi risikonya jika BN menang lagi, tanah kita yang nilainya lebih tinggi dari itu berdepan risiko untuk dirampas kerajaan negeri," ujar Setiausaha KEADILAN Sarawak ini.

Ditanya mengenai kempen lawannya di situ, beliau menjelaskan dengan kata-kata berikut.

"Jentera BN negeri lumpuh di sini, mereka hanya bergantung kepada salah guna kuasa kementerian persekutuan yang turun dengan pelbagai pengumuman dan peruntukan jutaan ringgit.

"Malah, calon muka baru yang mereka tampilkan kali ini, hanya diumumkan disaat akhir menunjukan BN ketandusan calon," katanya.

Zulkifli ialah bekas kakitangan kerajaan selama 13 tahun. Beliau amat popular di kawasan itu kerana kebanyakan penduduk ada pertalian keluarga dengannya.

Malah, sebelum terlibat dalam politik, beliau sangat aktif dengan pelbagai pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) khasnya persatuan belia.

Maka, tidak menghairankan apabila KEADILAN memberi kepercayaan penuh kepadanya untuk menawan kerusi itu kali ini.

Beliau berasal dari Kampung Bunggai Debak yang juga terletak dalam DUN Saribas.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.