26 April, 2011

Jalan Berlubang Dekat University Apartment, Sepanggar

Share

sumber: http://sepanggarkini.blogspot.com



19 April 2011 – 21:39 Malam, editor Sepanggarkini menerima E-mail aduan berhujung permasalahan jalan yang menghubungkan jalan susur melalui University Apartment dengan Tuaran By Pass. Manakala berikut dua foto yang disertakan dengan kiriman e-mail berkenaan.



Jalan berlubang ini memang kelihatan biasa, namun ia berbahaya kepada pengguna terutama sekali kepada penunggang motorsikal dan boleh merosakkan tayar. Menurut pengirim email tersebut, masalah jalan berlubang ini terbiar sejak tahun lepas lagi dan ia sememangnya benar kerana penulis juga pernah melaui jalan tersebut sebelum ini.

Ironinya jalan yang masih baik di sekitar Sepanggar dipotong dan ditampas sedangkan jalan berlubang, rosak mahupun tidak berturap di sekitar kawasan Sepanggar masih terus terbiar dan dilupakan oleh pihak berkenaan.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.