14 April, 2011

2 cawangan penaja PAS sah ditubuhkan di Sadong Jaya

Share

sumber: http://islamreturn.blogspot.com/

Sebentar tadi bertempat di Kg. Semera Laut dua cawangan penaja PAS telah ditubuhkan dengan penyertaan lebih 40 orang penduduk ke dalam PAS. Cawangan penaja yang dimaksudkan ialah PAS cawangan Semera Laut dan PAS cawangan Semera Masjid. Menurut maklumat yang diperolehi, lebih banyak cawangan bakal ditubuhkan sebagai tindakan rakyat yang menunjukkan mahu satu perubahan di Sarawak.


Calon PAS sedang menyampaikan ceramah beliau selepas menyerahan permohonan penaja PAS cawangan di Kg. Semera Laut.


Kelihatan calon PAS yang mesra rakyat, selepas menziarahi penduduk di Kg. Semera Laut

Turut hadir semasa penyerahan borang keahlian beserta penubuhan PAS cawangan tersebut ialah calon PAS yang bertanding iaitu Abang Addy Alyani. Pada majlis tersebut calon meminta agar masyarakat setempat berani membuat perubahan, sebagaimana pejuang-pejuang dahulu yang berani menentang penjajah yang mengaut keuntungan dari bumi Sarawak.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ir. Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam. Pada sesi ceramah beliau mengingatkan bahawa kerajaan Selangor secara teorinya lebih miskin dari Sarawak. Ini adalah kerana pendapatan keseluruhan Selangor ialah RM100 ribu juta lebih manakala Sarawak melebihi 400 ribu juta (hanya hasil minyak dan gas). Tetapi Selangor mampu memberi air percuma kepada rakyat dan mana-mana anak-anak yang lahir sebagai anak negeri Selangor akan diberikan RM100 ke akaun mereka sebagai tabuangan awal. Semua ini membuktikan bahawa Selangor yang memimpin tanpa sebarang rasuah dan penyelewengan mampu untuk memberi yang terbaik untuk rakyat. Namun sebaliknya berlaku di Sarawak, rakyat menderita manakala pemimpin mengaut keuntungan dan mengkayakan kroni serta anak beranak.


Sifat ramah calon jelas kelihatan apabila mendekati masyarakat setempat setelah selesai menyampaikan caramah di Kg. Engsengeh Melayu

Manakala pada sebelah malamnya pula, calon PAS telah menyampaikan ceramah beliau di Kg. Engsengeh Melayu dengan kehadiran lebih 20 orang masyarakat setempat. Turut menyampaikan ceramah pada masa yang sama ialah Hj. Hamzah Abdullah yang juga Tim. Pesuruhjaya PAS negeri Sabah.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.