01 March, 2011

Bertemu mangsa 'Projek IC' di Tawau

Share
sumber: http://monazmuslim.blogspot.com Sementara menanti azan Maghrib di Masjid Al-Kauthar, Tawau, penulis pergi ke sebuah restoran berhampiran. Selepas menempah minuman favourite 'Nescafe O Kawww', seorang pemuda dalam lingkungan umur 20 tahun berpindah dari meja sebelah ke meja tempat penulis duduk. Lalu penulis berbual dengannya sambil mengajukan beberapa soalan."

Penulis : Kamu kerja di sini? Kamu orang Tawau ka?

Roy : Ya, aku kerja di sini (sambil menunjukkan gerai yang dijaganya). Aku orang Pilipin (Filipina) bah...

Penulis : Lahir di sana?

Roy : Endak. Lahir di Semporna. Emak bapak aku saja yang lahir di sana.

Penulis : Lahhh, kalau kamu lahir di Semporna, maknanya kamu orang Sabah lah... Cuma mak bapak kamu saja yang Pilipin. Jadi, kamu dah ada IC tak?

Roy : MyKad belum dapat tapi kertas tu adalah?

Penulis : Kertas apa tu?

Roy : Ini Projek IC bah. Itu orang BN yang janji mahu beri kami MyKad tapi sampai sekarang ndak ada. Mereka cuma beri sekeping kertas kecil yang ada No IC sementara. Dia orang bilang suruh ambil di KK (Pejabat Pendaftaran Negara). Sampai sekarang ndak ada apa-apa. Sampai bapak aku kemalangan dulu waktu pergi KK pasal mahu urus kami punya IC. Nasib baik ndak mati. Habis itu kereta Dmax, hancur depannya.

Penulis : Astaghfirullah...

Roy : Inilah BN. Penipu bah. Dah dua kali pilihanraya mereka janji mahu bagi IC tapi sampai sekarang endak ada. Habis bah duit aku beri pada bapak aku untuk pergi urus di KK sana. Bukan dekat. Dahlah kami miskin, dikasi susah lagi. Mereka pulak kaya-kaya semua.

Penulis : Memang BN penipu bah. Sekarang kamu sendiri dah tahu kan. Orang UMNO BN hanya mahu gunakan kamu dan semua pendatang di Sabah ni bila tiba musim pilihanraya. Mereka janji akan beri MyKad jika kamu undi BN. Masa tu mereka beri IC Palsu untuk mengundi. Lepas tu ambil balik. Bila dah menang, mereka biarkan kamu semula.

Roy : Betul bang. Memang aku ndak percaya lagi dengan BN ni.

Penulis : Lepas ni bagitau bapak kamu, jangan lagi pergi mengundi dalam pilihanraya nanti. Suruh bapak kamu bagitau semua orang Pilipin supaya jangan lagi undi BN. Sampai bila kamu mahu ditipu macam ni? Sebagai Muslim, kita ada maruah. Jangan biarkan orang lain mempermainkan kita.

Roy : Betul bang. Nanti aku kasi tahu sama bapak aku.

Penulis : Oklah. Abg jalan dulu. Insya'Allah, kita akan jumpa lagi.

Roy : Insya'Allah.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.