25 January, 2011

Tahniah Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat kerana anda lebih mulia daripada ULAMA UMNO

Share
Sumber:  http://islamreturn.blogspot.com/

Salam perjuangan..

Sebenarnya aku dah maleh nak sebut lagi bab ini, pandai-pandai lah nak faham..


sumber1: http://paspb2.blogspot.com/

Labis, 24 Jan- Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) meminta parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan jangan memutarbelitkan isu Islam demi kepentingan politik.
Menurut beliau, sekiranya MCA dan Gerakan faham berkenaan Islam, sudah pasti mereka tidak akan menakutkan pengundi-pengundi Cina di Dun Tenang dengan kenyataan yang negatif terhadap Islam.
"Jangan tunjuk kepandaian dengan agak mereka itu seperti seorang imam," ujarnya mengulas isu calon PAS Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki dalam kempen pilihan DUN Tenang yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Bukan Presiden MCA itu sahaja, malah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang turut memainkan isu ini lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.
Jelas Hu, ada tradisi negara luar yang tidak bejabat tangan seperti wanita di Thailand. Mereka tidak berjabat tangan dengan lelaki.
"DHPP menyokong perjuangan PAS, mencabar MCA untuk berdebat secara terbuka jika isu ini jika mereka masih tidak faham," tambahnya ketika menjawab temubual wartawan Sinar.
Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam.
"PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam," jelasnya.
........................................................................

sumber 2: http://g-82.blogspot.com/


Semenjak PAS bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, kita dalam lihat bagaimana penerimaan mereka terhadap Islam semakin hari semakin teserlah. Mereka mula membaca Al-Quran, mula masuk masjid dan surau untuk mendengar kuliah agama, mula bersedia berbuka puasa dengan orang islam dan banyak lagi.

Kagumnya, apabila karpal Sikh yang dulu mengatakan langkah mayatnya jika mahu laksanakan negara islam, tetapi mula toleransi dan bersedia berbincang tentang cita-cita PAS itu.

keadaan ini berbeda dengan UMNO, yang sejak dahulu, kini dan selama-lamanya berusaha mencandukan agama Islam demi mendapat sokongan orang islam, dan menajiskan agama untuk mendapat undi dari non Muslim.

mereka tidak puas-puas untuk menajiskan agama demi kepentingan parti mereka, hatta terpaksa menjadikan islam sebagai bahan propaganda. Ia tidak lain, tindakan memberi gambaran buruk terhadap Islam, seterusnya menjauhkan lagi non Muslim yang semakin mahu mengenali Islam.

kemana ulama-ulama UMNO? tindakan pimpinan UMNO ini adalah zalim, maka wajib ditegur terhadap tindakan mereka. Kalau Ulama Muda UMNO boleh menulis artikle mengutuk tindakan PAS, mana artikle ulama Muda UMNO yang mengkritik tindakan pimpinan UMNO ini?

Mungkin Ulama Muda UMNO akan menjawab, bahawa mereka menegur dengan adab. Mereka menegur menggunakan saluran parti, iaitu berbisik-bisik. Walau pemimpin mereka kekal dengan kezaliman itu, mereka tetap menjaga adab menegur. Kekal menggunakan saluran parti. Jika inilah keadaan UMNO, tidak hairan parti itu semakin lama semakin hancur sehingga kejahatan mereka diumpamakan oleh bekas perdana menteri sebagai busuk sampai ke ususnya.

sekian

Wallahu 'Alam

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.