26 January, 2011

LIM GUAN ENG BANGUN PERTAHANKAN ISLAM.. UMNO DIMANA?

Share
Sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم

Guan Eng bidas MCA takutkan bukan Islam tentang Islam



LABIS, 25 Jan — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menghalang bukan Islam daripada mengenali Islam.

Beliau berkata tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” di kalangan bukan Melayu di Tenang terutamanya orang Cina.

“Dia (Dr Chua) tak mahu kita tahu antara satu sama lain, sebab itu tidak mahu kita kenali Islam.

“Memang itu yang mereka mahu, itu yang pemimpin MCA mahu.

“Ia penting, tapi kita tidak bimbang jika MCA gunakan isu negara Islam kerana isu ini dah digunakan sejak pilihan raya 2008 lagi,” katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.- TMI

Note: Kah..kah..kah..kah.. Cina DAP mahukan islam.. tapi umno tolak islam.. sedangkan umno mengaku islam.. Kah..kah..kah..kah.. Bukan islam (lim guan eng) bela islam.. tapi islam umno(najib dan penyokongnya)bela pelakon porno kutuk dan caci maki islam... lawak..lawak...

Note: Mana perginya kerajaan umno islam di Malaysia Sudah tiada lagikah? Tahniah umno kerana bisu dan terus membisu.. Tahniah perkasa kerana tak berani buat demo. Tahniah zol nordin kerana tak berani buat ulasan. Tahniah jamil khir kerana langsung tak ambil port. Tahniah harus sana sini kerana suruh chua soi lek minta maaf.. semoga teguran itu berserta dengan kesungguhan dan demi kerana Allah dan islam.. dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.