Salam perjuangan..
Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya, mahu atau tidak kehadiran 2011 kini telah kita bersama sedang mengharunginya. Pelbagai isu dan sentuhan telah di paparkan di blog islamreturn sepanjang 2010, walaupun ianya tidak lah se GAH blog-blog lain, namun diharapkan islamreturn tetap mumpunyai sentuhan tersendiri di dalam memaparkan isu-isu semasa.
Penubuhan Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz pertama di Sabah
Bersyukur kehadarat Allah s.w.t, kerana dengan pertolonganNya melalui tangan-tangan hambaNya, maka sekolah rendah Islam pertama yang menggabungkan 3 aliran (agama, akademik dan tahfiz) telah berjaya dibuka untuk sesi pengajian 2011. Seramai lebih 78 orang pelajar dari tahun 1 dan 2 telah mendaftarkan diri.

Seminggu sebelum sekolah ini dibuka adalah waktu-waktu kritikal yang dipikul oleh seluruh jawatankuasa sekolah. Mudah-mudahan penat lelah dalam menyiapkan kemudahan banggunan ini diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t untuk dikutip dipadang Mahsyar nanti. Manakala kemanisannya akan dapat dirasa mungkin 20 tahun lagi, InsyaAllah.
Maklumat lanjut tentang sekolah boleh rujuk (disini) -Sumbangan amat dialu-alukan.
Jahiliah Moden mewarnai sambutan malam tahun di Kota Kinabalu
Bertempat di dataran anjung senja kota kinabalu, seharusnya dipenuhi dengan melahirkan tanda syukur di atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah, tetapi telah di musnahkan oleh sifat-sifat jahiliah manusia. Keadaan di tengah-tengah bandar seolah-oleh pesta maksiat yang mengundang kemurkaan dari Allah.
Semasa pulang dari mengedarkan risalah, sempat aku berbicara dengan teman yang bersama-sama mengedarkan risalah. Aku bertanyakan kepada beliau, bagaimanakah kita (PAS) akan merubah semua ini? Soalan itu tersimpan di dalam fikiran masing-masing. Namun, aku tetap yakin dengan janji Allah, bahawa manusia akan berbondong-bondong masuk agama Allah.. cuma waktu dan masanya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Pejabat PAS Putatan kini dibuka
Kini PAS kawasan Putatan telah berjaya memiliki sebuah banggunan sendiri sebagai pusat operasi seterusnya menjadi 'one stop centre' kepada masyarakat untuk menyalurkan permasalahan. Ianya juga akan dijadikan pusat khidmat masyarakat bagi DUN Tanjung Aru.
Pejabat baru PAS kawasan Putatan menjadi mercu tanda PAS di Bandar Kota Kinabalu
Sehubungan dengan itu, PAS kawasan memohon sumbangan derma serta wakaf bagi menyelesaikan pinjaman bank serta melengkapkan kemudahan infrasturktur asas pejabat. Sumbangan boleh disampaikan dengan menghubungi nombor berikut:
013-4086142 (bendahari)
019-7134100 (aidy)
013-4086142 (bendahari)
019-7134100 (aidy)
0 ulasan:
Post a Comment