30 December, 2010

Lajunya aku...

Share

sumber: http://almuslim-alharaki.blogspot.com/

Astaghfirullahalazim...

Rupanya selama ini aku terlalu laju dalam keadaan yang aku tidak sedar ketika menjadi pemandu.

Terlalu laju aku memandu sehingga apabila terlanggar lubang, penumpangku semua kesakitan sampai tidak ada kekuatan untuk menegurku supaya memandu dengan perlahan.

Rupanya antara ramai-ramai penumpangku, ada yang layak memandu. Dia memandu dengan sangat cermat walaupun lambat.

Ya Allah, segannya aku dengan dia.

Aku bersyukur kepadaMu kerana Engakau menyelamatkan penumpangku yang selama ini menjadi penumpangku.

Aku bermohon kepadaMu supaya orang yang cermat itu menggantikan aku sebagai pemandu demi keselamatan penumpangku selama ini.

Selama ini aku bersikap gelojoh.

Wahai penumpang-penumpangku sekalian, depan sana ada tempat perhentian, Di sanalah kita menggantikan pemandu yang lebih menjamin keselamatan kita sekalian.

Maaf ya kerana lalai ketika memandu.

- pemandu = pemimpin
- terlalu laju aku memandu = aku berdakwah dengan tidak berhikmah
- penumpangku semua kesakitan = semua sahabatku terasa hati dengan sikapku
- ada yang layak memandu = ada pemimpin yang lebih sesuai
- memandu dengan sangat cermat = berdakwah dengan berhikmah dan penuh lemah lembut
- depan sana ada tempat perhentian = sabtu malam ni kita mesyuarat untuk mencari kata sepakat
- menggantikan pemandu = menggantikan pemimpin\

Cuba fahami isi tersirat.

Wallahu'alam...

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.