23 December, 2010

Protes Munafiq!!

Share
Sumber: http://jundiyatulbalkis.blogspot.com/




         Sebelum meneruskan jari-jemari untuk bertinta,penulis akan mengemukakan terlebih dahulu definisi mereka yang disebut munafiq.Menurut ulama' Usuluddin,mereka yang munafiq ialah mereka yang menyatakan keimanan dengan lidahnya tetapi menyembunyikan kekafiran dalam hatinya.Firman Allah swt:
' Dan sebahagian manusia ada yang mengatakan kami beriman dengan Allah dan hari   kemudian(hari kemudian) ,padahal mereka sebenarnya tidak sekali-kali beriman'  
                                                                                                                      (Surah Al-Baqarah;8) 

        Dari keterangan ayat di atas,jelas dan tepat sekali takrif yang diberikan oleh ulama' Usuluddin tentang mereka yang munafiq.Dalam Al-Quran banyak sekali ayat-ayat yang menyentuh sifat-sifat mereka yang munafiq ini antaranya ayat 8-20 Surah Al-Baqarah.Pada garis besarnya dapat disimpulkan intipati ayat-ayat Al-Quran itu yang menjelaskan sifat-sifat mereka yang munafiq adalah seperti berikut:

1.mereka menyembunyikan kekafiran dan menyatakan keimanan(keislaman) di hadapan orang-orang
   mukmin tetapi mengaku kafir di hadapan masyarakat kafir.

2.mereka menipu Allah dan orang mukmin,sekalipun tipu daya mereka hanya membahayakan diri mereka
   sendiri,tetapi mereka tidak sedar.

3.dalam hati mereka ada penyakit nifaq iaitu penyakit bimbang dan ragu atas kebenran Islam.Maka itulah
   sebabnya mereka sentiasa berpura-pura dan mereka sangat gemar berdusta,memperolok-olokkan Islam
   dan kaum muslimin.

4.mereka membuat kerosakan di muka bumi ini,khususnya di bidang keagamaan,sekalipun mereka
   menganggap perbuatan mereka itu baik.

5.mereka menganggap orang mukmin terutama ulama-ulama itu jumud,bodoh, padahal mereka yang
   sewajarnya digelar sedemikian kerana tidak punya pegangan agama.

6.mereka menukarkan petunjuk dengan kesesatan.

7.mereka seperti orang yang berada dalam kegelapan,lalu mereka menyalakan api dan mereka berjalan
   dalam cahaya api itu,tetapi Allah menghilangkan cahaya api tersebut maka tetaplah mereka dalam
   kegelapan tanpa dapat melihat cahaya hidayah.

8.mereka tuli,bisu dan buta,maka tidaklah mereka kembali ke jalan yang benar.

9.perumpamaan  bagi diri mereka sama seperti orang yang ditimpa hujan dari langit yang disertai guruh dan
   kilat yang menyambar,mereka sangat takut lalu mereka menyumbatkan hujung jari mereka ke telinga
   kerana takutkan mati disambar petir.

         Begitulah  Allah swt menyatakan keadaan orang munafiq itu.Mereka takut untuk mendengar kebenaran kerana itu mereka menyumbatkan hujung jari mereka ke dalam telinga dari mendengar ayat-ayat Allah.Hati mereka sentiasa ditutup rapat dari memikirkan ayat-ayat Allah.Demikianlah pula mata mereka,maka dipejamkan rapi dari melihat dan merenung ayat suci Allah.Maka dengan itulah mereka sentiasa berada dalam kegelapan,kebingungan dan kesesatan yang tidak terbatas.
                                                                                                                                                                   
         Golongan munafiq ini adalah golongan yang tergolong orang-orang kafir.Maka Allah telah menjanjikan kediaman yang abadi bagi mereka dalam neraka yang paling bawah sekali.Firman Allah swt:
' Sesungguhnya orang-orang yang munafiq itu akan ditempatkan di tempat yang paling bawah sekali dari api neraka dan tidak akan engkau dapati seorang pembela pun bagi mereka '
                                                                                                                     (Surah An-Nisa;14)
       
                             
                             ~TANDA-TANDA MUNAFIQ~
  
           Bagi memudahkan orang-orang mukmin mengenali orang-orang munafiq,Nabi Muhammad saw telah menjelaskan tanda-tandanya.Sabda baginda:

Dari Abi Hurairah r.a. beliau berkata:Rasulullah saw telah bersabda:Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga macam,iaitu:
1.Apabila berkata-kata suka berdusta
2.Apabila berjanji,diingkari janji tersebut
3.Apabila diberi amanah dia khianat

           Orang-orang munafiq ini lebih berbahaya dari orang-orang kafir kerana orang-orang kafir mudah dikenali lantaran mereka berterus terang menyatakan kekafiran mereka.Tetapi bagi orang-orang munafiq,mereka bermuka dua,apabila berada di hadapan orang mukmin,mereka menyatakan diri mereka beriman,tetapi  apabila berada di hadapan orang-orang kafir,mereka mengaku tidak beriman.Oleh itu,mereka ini adalah musuh dalam selimut terhadap kaum muslimin.Mereka gemar menyebarkan fitnah seperti yang pernah dilakukan oleh golongan munafiq ini ke atas isteri nabi saw,Ummul Mukminin Aisyah sendiri mereka fitnah dengan sebesar-besar fitnah.Mereka isukan Aisyah r.a. telah berzina dengan Sofwan bin Mu'attal,padahal mereka adalah orang yang suci dan tidak sekali-sekali melakukan perbuatan terkutuk itu.
            Sehinggakan Rasulullah saw sendiri hampir-hampir mempercayai fitnah yang disebar luaskan oleh Abdullah bin Ubai yang merupakan kepala munafiq yang terkenal pada ketika itu.Lantaran itu ,Allah menurunkan ayat  yang menerangkan kesucian Aisyah dan Rasulullah berasa lega atas tuduhan fitnah terhadap isterinya,Aisyah r.a.
           Oleh itu umat Islam dilarang keras berbohong dan memfitnah sesama mukmin kerana kedua-dua sifat itu adalah sifat atau kelakuan orang-orang munafiq.Memfitnah orang mukmin lelaki dan perempuan adalah termasuk melakukan dosa besar dan tempat kembalinya mereka yang berbuat demikian adalah neraka jahannam.
Wallahua'lam...    

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.