07 April, 2011

TOLONGLAH KAMI! RAYU PENDUDUK KAMPUNG KITAGAS, SANDAKAN

Share
Sumber: http://www.sabahkita.net/v2/




Pemasalahan tanah di Sabah bukan asing lagi di dengari oleh seluruh penduduk di Malaysia seperti yang telah berlaku di Pitas dan Ulu Tandek di mana terdapat beberapa permohonan bertindih dengan pihak ketiga. Masalah ini juga berlaku di Kampung kami sendiri iaitu di Kampung Kitagas yang terletak lebih kurang 26 batu daripada Bandar Sandakan.

Masalah yang di hadapi oleh penduduk Kampung Kitagas ini adalah tanah yang mereka usahakan selama ini di dakwa telah di wartakan di bawah kawasan hutan simpan.



Menurut cerita daripada orang-orang Kampung Kitagas pada tahun 1975, penduduk Kampung Kitagas telah memohon tanah tadahan air seluas 4.110 ekar daripada Kerajaan Negeri Sabah dan pada tahun 1980, Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan tersebut dan pada masa itu pentadbiran kerajaan Sabah adalah di bawah pemerintah Datuk Joseph Kitingan (PBS). Setelah mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan, penduduk dengan senang hatinya mengusahakan tanah tersebut dan tanpa di sedari oleh penduduk kampung, sebahagian tempat yang di duduki oleh mereka termasuk tanah Kampung yang hanya lebih kurang 15 ekar diwartakan oleh Jabatan Perhutanan sebagai Hutan Simpan.



Pada tahun 1984, menurut rekod dari Jabatan Perhutanan Sabah, walaubagaimana pun pada tahun 1992, arahan pembubaran ke atas tadahan air seluas 1100 ekar telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Sekali lagi Kerajaan tidak memaklumkan kepada penduduk Kampung. Pada tahun 1993, Jabatan Perhutanan Sandakan memberitahu kepada penduduk Kampung bahawa kawasan yang mereka duduki sekarang adalah di dalam kawasan Hutan Simpan dan seterusnya merampas segala keperluan rumah, keperluan Balai Raya dan seterusnya memusnahkan dua Buah rumah.
Pada Penghujung tahun 2006, sekali lagi Jabatan Perhutanan Sandakan datang ke Kampung Kitagas untuk memberi notis keluar daripadan kawasan Hutan Simpan tersebut. Pada 27 Mac 2007, Jabatan Hutan Sandakan membawa berpuluh puluh orang kakitangan mereka untuk merobohkan rumah penduduk kampung dan sesetengah daripadanya dibakar.

Walaubagaimana pun, hasil daripada perbincangan yang telah di adakan antara kedua belah pihak dan campur tangan daripada pembantu khas Ahli Parlimen Libaran En. Ismail Kardi, En. Sahar Saka, CDD En. Salamat Mudali dan tiga orang Pemaju Mukim dari unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) N.41 Gum-Gum.

Masalah ini juga telah diketahui oleh Ahli Parlimen Libaran, Ketua bahagian Libaran Dato Sri Musa Haji Aman Selaku Ketua Menteri Sabah dan Wakil Rakyat N. 41 Gum-Gum sendiri. Walaubagaimana pun, apa yang di kesali oleh mantan Pengerusi JKKK En. Ham Salleh dan penduduk kampung yang terlibat, perkara ini tidak diambil peduli atau pun tindakan susulan dari Wakil Rakyat N. 41 Gum-Gum Dato Zakaria Hj. Edris untuk membuat pengurusan kawasan yang dituntut oleh Jabatan Perhutanan. Adakah dengan cara begini yang patut di amalkan oleh Wakil Rakyat?

Ahli Jawatankuasa JKKK Kampung Kitagas kerap kali berjumpa dengan Wakil Rakyat N. 41 Gum-Gum untuk memohon sokongan ke atas kawasan yang dituntut oleh Jabatan Perhutanan. Menurut penerangan daripada Wakil Rakyat N. 41 Gum -Gum Dato Zakaria Hj. Edris memberitahu penduduk kampung bahawa Dato Sri Musa Hj. Aman melarang wakil-wakil rakyat di seluruh Sabah untuk memberi sokongan ke atas mana-mana Hutan Simpan yang di duduki oleh penduduk kampung khususnya orang asli.

Pada 10 Oktober 2009, Sempena dengan Hari Raya Terbuka Parlimen Libaran P. 184 dan DUN 41. Gum-Gum, Mantan Pengerusi JKKK Kampung Kitagas En. Ham Salleh dan Mantan Timbalan Pengerusi JKKK En. Abdul Said Bin Guis telah berjumpa dengan Wakil Rakyat N. 41 Gum-Gum Dato Zakaria Hj. Edris dan Ahli Parlimen Libaran Dato Juslie Ajirol memohon surat rayuan penangguhan pemusnahan ke atas semua tanaman Kelapa Sawit penduduk kampung yang terlibat dalam kawasan yang dituntut oleh Jabatan Perhutanan Sandakan. Sekali lagi, permohonan dan surat rayuan gagal dibuat oleh kedua-dua wakil rakyat tersebut.

Pada 13 Oktober 2009, sekali lagi kawasan yang di tuntut oleh Jabatan Perhutanan diserbu oleh berpuluh-puluh Kakitangan Jabatan Perhutanan Sandakan dan Polis bersama-sama dengan jentera berat untuk memusnahkan lebih kurang 100 ekar tanaman Kelapa Sawit yang berumur tiga hingga 10 tahun.
Dengan senario keadaan sejak dari tahun 2006 sehingga tahun 2009, betapa susahnya hendak membuat walaupun sepucuk surat selama tiga tahun pun tidak boleh siap.

Walaubagaimana pun, mantan Pengerusi JKKK Kampunga Kitagas En. Ham Bin Salleh mengingatkan penduduk kampung di kawasan pendalaman seperti di Sempadan Sarawak, Kalimantan dan Sebatik agar tidak mengharapkan sangat dengan Ketua Pemimpin yang hanya tahu cakap dan tidak tahu bikin atau melakukan tindakan.

Kami semua dari penduduk Kampung Kitagas memohon kepada semua pihak agar masalah penduduk di Kampung Kitagas ini dapat di selesaikan. Kami semua bukan la berasal daripada orang-orang yang berkemampuan dan hanya tanah sebesar sekangkang kera sahaja yang kami ada untuk menampung hidup kami dan terutamanya anak – anak yang masih bersekolah. Oleh itu kami berharap tangan-tangan yang sedia membantu.

Terima Kasih
Ham Bin Salleh (hp; 013 – 556 3330)
Wakil Penduduk Kampung Kitagas 
Sumber : http://myharakah.net/kitagas.php

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.