14 October, 2010

MASA DEPAN UNTUK ISLAM

Share

sumber: http://abunuha.wordpress.com/


Apabila saya bertemu dengan beberapa orang yang biasa dipanggil ustaz dan peminat-peminat agama, (khususnya yang tidak mendalami harakah islamiyyah) bahawa antara kelemahan yang dikesan tentang apabila berbincang soal kewajiban menegakkan Islam di bumi Malaysia ialah soal ketidakyakinan mereka bahawa masa depan adalah milik Islam.

Dalam kitab Maza Ya’ni Intima’i lil Islam tulisan Fathi Yakan yang sudah diterjemahkan dengan tajuk ‘Apa Ertinya Saya Memeluk Islam’, melalui Bab 6 bertajuk ‘Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam’ ada menjelaskan empat keistimewaan manhaj Islam :

A. Manhaj Islam Bersifat Rabbani
Manhaj Islam yang bersifat Rabbani merupakan satu corak penghayatan yang kudus mengatasi sistem dan cara hidup ciptaan manusia. Ia mampu untuk kekal dan memberikan saham tamaddunnya di setiap zaman, tempat dan peringkat.

B. Manhaj Islam Bersifat Universal (Sejagat)
Manhaj Islam yang bersifat sejagat atau universal menyerlahkan ciri-ciri keinsanan dan ciri
‘infitah’(bersifat terbuka atau kelapangan) serta daya untuk menanggung kemungkinan-kemungkinannya. Ciri ‘infitah’ ini mengatasi pertimbangan kedaerahan, perkauman, kebangsaan dan sebagainya. Cara ini sebenarnya adalah cetusan dari ‘Sibghah Rabbaniyah’ itu sendiri.

C. Manhaj Islam Bersifat Anjal (Murunah)
Keanjalan manhaj hidup Islam (atau fleksibel) memberikannya daya untuk menghadapi aneka permasalahan hidup yang datang silih berganti
‘Sibghah‘ atau cara ini memberikan Islam kebolehan untuk berijtihad menyimpulkan hukum-hakam terhadap hal-hal yang tidak ada nas, sama ada melalui qias atau maslahah mursalah, Istihsan dan sebagainya.

D. Manhaj Islam Bersifat Syumul atau Menyeluruh
Ciri manhaj Islam yang menyeluruh membedakannya dengan sebarang manhaj atau sistem hidup duniawi yang mempunyai dimensi matlamat yang terbatas. Manhaj Islam adalah manhaj ciptaan Yang Maha Mengetahui segala masalah manusia, baik atau buruknya. Ia Maha Mengetahui apa yang membahagiakan dan apa pula yang mencelakakan manusia. Sebab itu Islam sahajalah yang mampu memenuhkan keperluan manusia, baik sebagai individu, mahupun sebagai kelompok, baik dalam urusan pimpinan mahupun perundangan. Sama ada dalam urusan dalam negeri mahupun luar negeri.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.