Petang jumaat saya singgah ke sebuah kedai menjual daging segar – kambing, lembu dan ayam di Bandaran Berjaya. Saya mengidam daging kambing, sebagaimana selera saya begitu baik memakan lamb chop sepanjang Ramadhan lalu. Entri ini bukan cerita tentang daging kambing.
Bersebelahan dengan premis menjual daging segar itu, ada sebuah pusat hiburan. Oleh kerana masih siang, jadi ia masih bertutup (kerana setahu saya pusat hiburan biasanya beroperasi sebelah malam). Ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Pintu masuk utamanya berkunci pagar. Lihat bahagian yang dibulatkan (warna merah) pada foto di atas.
Apa yang tertulis di hadapan pintu itu? Lihat foto di bawah.
Seolah-olah maklumat yang hendak diberitahu, ‘kami pun beraya juga bah!’. Jangan tak tahu, ada orang berhari raya dan meraikannya di kelab malam dengan jag-jag kencing syaitan. Ya.. selamat hari raya. Kata mereka, dalam keadaan mabuk. Ada yang bertanya, pencinta kelab ini bercuti ka sempena hari raya?
0 ulasan:
Post a Comment