15 September, 2010

Jangan jadi jahil.

Share
Sumber: http://almuslim-alharaki.blogspot.com/

Bismillahirrahmanirrahim.
Firman Allah SWT :
“Dan demikian di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa dan haiwan-haiwan ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya, hanyalah para ulama (orang-orang yang mengetahui ilmu kebesaran dan kekuasaan Allah). Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Pengampun.” (Surah Fatir : Ayat 28).
Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT mengiktiraf orang yang mencari ilmu untuk mendekatkan diri kepadaNya. Yakni mencari ilmu semata-mata untuk meraih keredhaanNya.
Malangnya manusia pada hari ini, mengabaikan ilmu agama yang merupakan alat terbaik untuk kita mengesan mana yang baik dan buruk dalam setiap amalan kita seharian.
Kerana kejahilan, ada yang sanggup memisahkan Islam dengan perkara yang di ambil penting oleh Islam sebagai contohnya politik ataupun sistem pemerintahan.
Namun yang demikian, bukanlah tujuan mencari ilmu untuk kebanggaan atau untuk berdebat yang tiada guna kerana hal yang sedemikian mendapat azab daripada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW :
“Janganlah mempelajari ilmu untuk menandingi para ulama, untuk dipamerkan pada orang-orang jahil, dan untuk mencari kedudukan tertinggi. Sesiapa yang melakukan demikian, maka nerakalah tempatnya.” (Riwayat Ibnu Hibban, Imam Al-Bahaqi, dan Ibnu Majah daripada Jabir).
Oleh itu, carilah ilmu dengan niat hati yang ikhlas yakni hanya kerana Allah SWT kerana dengan cara yang sedemikian akan dipermudahkan oleh Allah SWT untuk mendapat nikmat syurga pada Hari Akhirat kelak.
Sebuah hadith yang dilaporkan daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Setiap kaum yang mahu berkumpul di salah satu rumah Allah sambil membaca Kitab Allah, dan saling belajar di antara di antara mereka, maka mereka akan dikelilingi oleh para malaikat, diturunkan ketenangan, diliputi rahmat, serta diingat oleh Allah sebagai orang yang ada disisiNya.” (HR. Imam Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa i, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Mudah-mudahan ilmu yang kita timba selama ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT dan kita juga perlu berdoa supaya hati kita sentiasa ikhlas semasa kita menimba ilmu dan mengerjakan amalan soleh.
Amin.
Wallahu’alam.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.