sumber: http://abuawatif.wordpress.com
Penulis baru sahaja kembali dari majlis pengkebumian al-Marhum al-Ustaz Haji Nahar Matamin.Tiga kali penulis menziarahi beliau. Kali pertama sebelum Asar bersama isteri…Penulis melihat ramai di kalangan ulama dan pendakwah dan pencinta Islam yang memberi penghormatan terakhir kepada beliau walaupun ketika itu hujan turun dengan lebat sekali…antaranya Ustaz Norawi, Ustaz Fazli….Di luar Saudara Aminunuddin Aling tidak terkata ….Ustaz Nahar yang tiga hari berada di Kundasang bersama Kak Shidah, Najihah dan Nawfal yang kelihatan sihat walafiat sudah bertemu dengan kekasih-Nya….Semasa penulis keluar dari rumah al-Marhum di Likas..rombongan dari Sektor Pengurusan Pendidikan Islam tiba…Ustaz Saiful dan Ustaz Abdul Rahman…di masjid Likas penulis solat Asar dan di sana ramai sahabat-sahabat yang baru sampai antaranya Ustaz Amir Baadul dan Ustaz Sulaimin Muhaisinin dari Keningau…Ustaz Yaharuddin dan keluarga ….selepas Asar penulis pulang ke rumah…
Selepas Isyak sekali lagi saya bersama Tuan Hj Ruslin, Tuan Hj Fawzi berkunjung ke rumah al-Marhum buat kali kedua…Di surau Austral saya mendapat maklumat al-Marhum menjadi imam Isyak di Masjid Kg.Likas pada sebelah malamnya dan itulah kali terakhir beliau menjadi imam…Selepas Isyak beliau mengadu sakit lalu dibawa oleh Ummu Nasyraf ke hospital Likas. Beliau ditahan dan pada jam 9.00 pagi Isnin beliau dibenarkan pulang…selepas itu beliau sakit dan di rumahnya beliau bertemu kekasihnya…
Dari Surau Riayadussolihin penulis ke airport MAS untuk mengambil sahabat rapat Ustaz Nahar , Ustaz Shahrul Nizam yang sanggup datang dari Pahang…Menurut ustaz Shahrul al-Marhum memberikan sumbangan yang sangat besar dalam hidupnya…Beliaulah yang meniup semangat perjuangan jihad dalam jiwanya melalui pengalaman peribadi Ustaz Nahar yang menyaksikan peristiwa Memali yang berlaku pada tahun 1986 dan peristiwa ini memang menjadi titik tolak dalam hidupnya untuk berjuang…Semasa pengkebumian syuhada’ Memali beliaulah yang memegang lampu untuk menyuluh mereka yang terkorban…Beliau juga menjadi pembimbing haji pada tahun 2000 dan Ustaz Shahrul bersama pelajar Amman menunaikan haji di bawah pimpinan beliau…Ketiganya Ustaz Nahar merupakan orang tua yang tidak pernah jemu dan penat membantu anak muda yang ingin berkahwin termasuklah ustaz Shahrul yang bertemu jodohnya dengan pertolongan Ustaz Nahar…
Sampai di rumah beliau, seperti di siang hari pengunjung tetap ramai…ahli-ahli usrah beliau, bekas Datuk Mufti Datuk Ismail Abbas dan anaknya Hj.Salman antara yang hadir…Semua yang menatap wajah Ustaz Nahar mengatakan WAJAHNYA KELIHATAN SENYUM, diharap pernyataan ini menjadi petanda baik bagi Ustaz Nahar…
Di sebelah pagi saya bersama Ustaz Zainuddin untuk member penghormatan terakhir kepada beliau dan kami sampai sekitar jam 7.40 pagi…Pada waktu ini sudah ramai sahabat yang menanti dan jenazah al-Marhum baru selesai dikafan dan keluarga dan sahabat-sahabat sedang menetap wajah al-Marhum buat kali terakhir…
Lebih kurang jam 8.00 pagi jenazah diusung keluar dari rumah al-Marhum dan di masjid ramai sahabat-sahabat dan kenalan yang menanti beliau termasuklah Ustaz Wan Zamri al-Quds yang datang dari Kelantan untuk solat ke atas jenazah ke atas al-Marhum. Air mata mula menitis dari wajah sahabat-sahabat yang mencintai beliau sebagaimana yang diucapkan oleh nabi SAW:
وإن العين لتدمع وإن القلب ليحرن وإنا على فراقك لمحزونون
“ SESUNGGUHNYA AIR MATA MENGALIR, SESUNGGUHNYA HATI PILU, SESUNGGUHNYA KAMI SEDIH ATAS PERPISAHAN DENGANMU.’
Solat jenazah dilakukan sebanyak dua kali, kali pertama oleh Imam Masjid Likas dan sahabat-sahabat yang lewai solat bersama Ustaz Shahrul Nizam…
Begitu cepat jenazah al-Marhum di bawa ke tanah perkuburan…semoga perjalanan yang cepat ini menuju kepada rahmat Allah, semoga Allah menjadikan kuburnya satu taman dari taman-taman syurga…..diperkuburan ramai sekali para ulama, ustaz, pendakwah dan pencinta Islam yang datang dan semuanya menangis atas pemergian al-Marhum ustaz yang pemergiannya tidak disangka-sangka tetapi kami terima semua ini dengan hati yang reda…Allah lebih menyayanginya…suasa semakin sebak semasa imam memulakan tahlil…air mata keluar tanda sedih atas saat perpisahan ini…semasa menjirus air ke atas kuburan semakin kuat tangisan dari sahabat-sahabat sehebat air yang dijirus….
Pemergian Ustaz Nahar memang layak untuk ditangisi kerana kita kehilangan SEORANG ALIM, SEORANG PENDAKWAH, SEORANG AHLI POLITIK DAN SEORANG AHLI PERNIAGAAN seperti yang diungkapkan oleh seorang sahabat…
SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH USTAZ NAHAR…YA ALLAH AMPUNKAN SAUDARA KAMI, RAHMATILAH SAUDARA KAMI…
Kepada yang masih hidup teruskan perjuangan sebelum saat kita tiba pula bagaikan kata Saidina Umar:
“ Setiap hari dikatakan bahawa orang ini meninggal, orang itu meninggal dan satu hari orang akan kata Umar meninggal…”
AL-FATIHAH
0 ulasan:
Post a Comment