sumber: nurilhakim.blogspot.com
Persatuan Siswazah Sabah dan Allahyarham Ustaz Nahar mempunyai sejarah yang panjang. Beliau merupakan penceramah kegemaran untuk pengisian berunsur tasawwuf. Malah, beliau pernah menawarkan untuk mengadakan kelas tasawwuf mingguan untuk ahli PSS, tetapi tidak kesampaian. Sejak awal bulan dua sehingga kini, PSS juga menyewa sebuah lot rumah untuk dijadikan pusat tuisyen dan pengajian Al-Quran Akademi Muhammad Al-Fateh (MUFAT) di bawah kendalian persatuan. Kali terakhir PSS berkongsi pandangan dan perancangan pembangunan remaja dan masyarakat Sabah adalah pada 10 Julai 2010, bersamaan hari Sabtu, sebelum beliau meninggalkan dunia fana ini dua hari kemudian. Perkongsian suka-duka bersama allahyarham boleh dilayari di hujung penulisan, sementara artikel ini mempunyai tujuan lebih khusus untuk menggugah semangat dan jiwa ahli PSS-KRU dan pembaca untuk membayar mahar pemergian beliau;
1. Mati itu sesuatu yang pasti, justeru setiap Muslim wajib 'merancang kematian'.Pastikan pemergian kita dalam keadaan sentiasa bersedia untuk meninggalkan keluarga berhadapan dengan ketiadaan kita, baik daripada segi emosi malah ekonomi. Malah Islam mengajar kita menyegerakan menulis wasiat dan mencatatkan segala rekod hutang-piutang, mudah-mudahan tiada amal yang tergantung dengan punca hutang yang tidak terbayar. Tarbiyyah Ustaz Nahar kepada keluarganya jelas digambarkan oleh kesabaran dan tenangnya isteri dan anak-anak beliau berhadapan dengan pemergiannya.
2. Kepulangan Ustaz Nahar menghadap Allah diiringi ribuan manusia sepanjang dua hari urusan pengebumiannya, membuatkan kita berfikir, bagaimana kematian kita kelak akan diterima?Barangkali orang gembira dengan kematian kita oleh kerana rosaknya akhlaq dan pekerti yang dimiliki, atau langsung tidak ada yang sudi menjenguk kita tatkala nazak. Na'uzubillah. Bagaimana pula kematian kita disambut oleh Munkar Nakir, dan kemudiannya Ridhwan dan Malik?
3. Antara yang merunsingkan penulis ialah apabila meneliti bahawa sebahagian besar hadirin yang bersama ketika majlis tahlil dan doa selamat tidak dapat membaca Al-Quran, lantas tidak dapat bersama mendoakan allahyarham. Tugas mengajarkan Al-Quran kepada umat adalah tugas asasi paling mudah yang perlu digalas oleh setiap ahli persatuan di setiap tempat dengan sedaya yang mampu. Malah, pelajar didedahkan dengan konsep berdoa dan bermunajat menurut Islam.
Anak sulung Ustaz Nahar, Nasyraf, pelajar tingkatan lama
di Sekolah Menengah Agama Inanam.
Beliau merangkul johan MTQ hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan di Terengganu tahun ini.
di Sekolah Menengah Agama Inanam.
Beliau merangkul johan MTQ hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan di Terengganu tahun ini.
4. Anak-anak perlu sentiasa bersedia menerima pemergian orang tua dengan istiqamah melaksanakan amal soleh dan meninggalkan maksiat. Jangan sampai dosa yang dilakukan anak-anak mengheret ibubapa ke neraka. Lebih dari itu, anak-anak perlulah diasuh dengan keupayaan mengurus jenazah agar mereka mampu mengurus ibubapa apabila mereka meninggal.
5. Paling penting, ruang kosong yang ditinggalkan oleh Ustaz Nahar bukan pinta diratapi berterusan tetapi hendaklah diisi dengan usaha bersungguh-sungguh khususnya oleh anak Sabah, untuk menjadi ulama' muda yang haraki dan pendokong agama kelas pertama.
Maka jika tuntutan-tuntutan ini dipenuhi, terbayarlah mahar Haji Nahar dan tidak sia-sialah usaha dakwah bilhal dan dakwah turun padang berterusan yang didokong beliau. Semoga Allah menempatkan allahyarham bersama orang-orang yang soleh, Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Suka-duka bersama Ustaz Nahar di laman -
1. abunuha.wordpress.com
2. abuawatif.wordpress.com
3. mujahideen-islam.blogspot.com
4. kamarudintoyoas-sabahi.blogspot.com
5. hjnahar.blogspot.com
0 ulasan:
Post a Comment