12 July, 2010

AL-FATIHAH BUAT TUAN HAJI NAHAR MATAMIN

Share

sumber: http://abuawatif.wordpress.com

Assalamualaikum…

MENURUT MAKLUMAT KELUARGA ALMARHUM JENAZAH ALMARHUM AKAN DIKEBUMIKAN ESOK PAGI DI LIKAS

Pagi ini saya mendapat panggilan mengejutkan dari seorang sahabat…Ustaz Nahar meninggal dunia…sekali lagi saya menerima panggilan dari Abu Nuha ustaz Nahar disahkan meninggal dunia jam 10.30 pagi…Tiada ada apa yang dapat disebut melainkan إنا لله وإنا إليه راجعون . Allah lebih sayangkan dia…

Saya mengenali beliau semasa belajar di Jordan…Beliau orang rujukan kami semasa di sana…Kami berusrah dan menjalankan aktiviti dakwah di sana dan beliau merupakan salah seorang pemimpin kami di sana…Bagi orang-orang bujang beliau menjadi orang tengah bagi sahabat-sahabat yang ingin mencari pasangan…Empat tahun kami bersama di sana, pada masa itu anaknya Nasraf masih kecil…sekarang sudah 17 tahun…Begitu cepat masa berlalu…

Perkenalan kami berterusan apabila saya ditempatkan di Sabah…sesekali saya ke rumah beliau di Likas dan saya mengenali keluarganya dari dekat…Masih saya ingat di awal-awal saya di Sabah saya bersama Ustaz Diauddin dan keluarga al-marhum rehlah di pantai Dalit dan saya kemalangan dalam perjalanan..beliaulah yang membantu saya…

Kemudian beliau dilantik sebagai Imam Masjid Negeri dan banyak program yang diadakan dan beliau melakar lanskap baru di masjid negeri…Aktiviti ziarah hospital, derma darah, program Qiamullail sepuluh malam terakhir, hari kemerdekaan dan ramai sahabat-sahabat yang dijemput untuk berkhutbah…sempat juga kami menjemput Ustaz Azhar, Ustaz Khairuddin dan Ustaz Zaharuddin pada zaman pentadbiran beliau…Syukbah Dakwah juga dapat melaksanakan pelbagai aktiviti…

Setelah beliau dipindahkan ke JHEINS agak jarang sedikit kami berjumpa…antara yang terakhir yang segar dalam ingatan ialah semasa Sambutan Maulidurrasul di Sipitang, saya menaiki kereta beliau pergi dan balik…

Pada tahun-tahun akhir ini, beliau juga ada mengadu lemah-lemah badan dan semalam dia dimasukkan ke hospital, khabarnya serangan jantung…kemudian dibenarkan keluar dan hari ini saya menerima berita kematiannya…berita yang menyedihkan…

Selepas di Sipitang, saya bertemu beliau di rumahnya di Likas dalam program Usrah selepas saya pulang dari Kota Mekah pada bulan Mac dan sekali lagi pada bulan April juga di rumahnya semasa membincangkan program Makan malam yang dipengerusikan oleh Sdra Ahmad Fazilah…di kedua-dua majlis kami dihidangkan roti nan berlaukkan kari kambing…

Kali terakhir saya bertemu beliau ialah sekembalinya beliau dari umrah semasa berusrah di rumah Abu Aslam…Beliau membawa sedikit buah tangan dari Mekah dan menceritakan pengalamannya dalam berdakwah sepanjang perjalanan umrah…antaranya beliau menggunakan saat perjalanan antara Bir Ali sampai ke Mekah sepenuhnya dengan talbiah, ukhuwwwah dan amalan-amalan menghampirkan diri kepada Allah…Tidak saya sangkakan itulah kalau terakhir saya menatap wajah beliau dan hari ini beliau telah bertemu kekasihnya…semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya…ALFATIHAH

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.