21 March, 2010

TERIMA KASIH KEPADA PAS KAWASAN BATU SAPI

Share
Sumber: http://www.sabahkini.net/v1/


SERAH…. Hj. Hamzah Abdullah bersama  seorang AJK PAS Batu Sapi menyerahkan Sijil Kelakuan Baik kepada Hassan bin Kannah
 
SEORANG rakyat Malaysia yang berasal daripada Sabah dan telah lama bermastautin di Surinam, Amerika Selatan, merasa terharu di atas bantuan yang dihulurkan oleh PAS Kawasan Batu Sapi.

Hassan Bin Kannah yang telah bermastautin dan bekerja dengan sebuah syarikat melombong emas di Paramaribo, Surinam, telah meminta bantuan PAS Kawasan Batu Sapi bagi mendapatkan Sijil Kelakuan Baik (Certificate Of Good Conduct) untuk membolehkan beliau memohon kerakyatan penduduk tetap Surinam.

Beliau yang bercuti ke Sandakan baru-baru ini, telah berkunjung ke Pejabat PAS Batu Sapi bagi mendapatkan bantuan cara-cara memohon Sijil Kelakuan Baik (Certificate Of Good Conduct) dari Kementerian  Luar Negeri, Putrajaya.

Melalui usaha YDP PAS Batu Sapi, beliau akhirnya dianugerahkan dengan sijil tersebut sekaligus telah melegakan beliau kerana jika terlewat, beliau akan terpaksa menangguhkan pemergian beliau ke Surinam.

Beliau telahpun mengesahkan tarikh beliau bertolak semula ke Paramaribo, Surinam, pada 20 Mac, 2010.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.