16 March, 2010

Lucut Kewarganegaraan

Share

Ditampal Salin dari: http://muridkyai.blogspot.com

Dakwah para nabi menghadapi pelbagai ancaman. Di antara ancaman tersebut adalah penyingkiran dari negeri tumpah darah sendiri. Nabi nabi seperti Hud, Soleh, Lut, Syuaib, Musa dan nabi Muhammad SAW adalah sebilangan contoh para nabi yang menghadapi penyingkiran ini.

Menceritakan kisah nabi Syuaib, Allah menyebutkan dalam Al-Quran bagaimana ancaman penyingkiran dari negeri tumpah darah ini ditujukan kepada nabi Allah tersebut. Firman Allah SWT:




قَالَ الْمَلاُ الّذِينَ اسْتَكْبَرُواْ مِن قَوْمِهِ لَنُخْرِجَنّكَ يَشُعَيْبُ وَالّذِينَ آمَنُواْ مَعَكَ مِن قَرْيَتِنَآ أَوْ لَتَعُودُنّ فِي مِلّتِنَا قَالَ أَوَلَوْ كُنّا كَارِهِينَ
Pemuka-pemuka dan kaum Syu'aib yang menyombongkan dan berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusir kamu Hai Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami, atau kamu kembali kepada agama kami". Berkata Syu'aib: "Dan apakah (kamu akan mengusir kami), kendatipun kami tidak menyukainya?"
(Surah Al-A’raf: Ayat 88)



Penyingkiran dari negeri dalam bahasa hari ini "pelucutan kewarganegaraan".

Dengan angkuhnya, pemuka-pemuka jahiliyyah itu mengancam nabi Syuaib.

Kalau tidak mahu tunduk kepada peraturan negeri kami yang kami warisi dari nenek moyang kami, kamu tidak berhak mengaku sebagai rakyat negeri ini. Nyahlah kamu keluar dari negeri ini. Kalau tidak kami akan singkirkan kamu!

Nasib yang menimpa nabi Syuaib itu juga menimpa nabi-nabi yang lain. Mengancam untuk melucutkan kewarganeraan adalah mainan pemuka Jahiliyyah sejak zaman dahulu. Jahiliyyah pada zaman mana sekalipun mempunyai watak yang sama.

Beberapa waktu dahulu, suara-suara supaya melucutkan kewarganegaraan orang tertentu dikumandangkan berikutan sikap kederhakaannya kepada tata bernegara yang telah diletakkan. Dengan sewenangnya, seorang yang telah lahir dan menjadi rakyat negara ini diancam untuk dilucutkan kewargegaraan. Ini lah suara-suara kaum nabi Syuaib yang berkumandang sehingga ke zaman kini.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.