06 February, 2010

U.S.R.A.H Yang di Nanti

Share
Sumber: http://setanggisyurga05.blogspot.com/


Sebelum bermula minggu yang baru untuk tugas-tugas rasmi, aku masih mahu mencuri sedikit lagi kesempatan.. Penghujung Januari 2010, bersamaan 31hb Januari 2010, semalam berlangsung Usrah Team 1.. Hmm.. Masa yang terlalu kunanti [hampir 3 bulan].. Hihi.. Ya Allah, akhirnya Kau izinkan pertemuan rindu antara kami.. Ya, aku xnafi masih terlalu ramai jiwa-jiwa yang tidak bersama kami semalam, tapi aku percaya roh mereka masih bersama.. Ble ka cakap macam tu??.. InsyaAllah..

Sekadar ingin, memasukkan beberapa gambar, yang aku rasa aku xmahu terlepas dari meng'upload'kannya.. Jiwa-jiwa yang aku rindu selama ini.. Pun begitu, masih belum terbayar kerinduan ini.. InsyaAllah minggu hadapan, kita sambung lagi ya.. Tapi, aku xdapat bersama kalian.. Next2 week, hmm.. Wallahuam..





Selesai berusrah [Usrah paling singkat yang pernah aku ikuti.. Usrah yang paling sharp masanya.. And Usrah yang paling bertenaga.. Hihi], peluang tidak berkenderaan sendiri a.k.a menumpang, memberi ruang untuk aku menyambung ukhwah bersama sahabat seusrahku.. Yang, tq ya sudi menumpangkan aku.. Walaupun kereta beberapa kali 'batuk' di jalan.. Haha.. And sorry atas kemalasanku membantumu memandu semalam.. Hmm.. Siannya U.. Uhuh.. Sorry ya yang..

Sempat gi makan ABC.. [Sebenarnya ada sahabat mengidam bakso cinta.. Haha ~Jangan marah yer~ Xde bakso cinta, soto pun jadilah.. Dapat jugak aku tumpang sesudu dua.. Sorryla, adik bradik sup ni I xlayan sangat.. Huhu] Lama betul xduduk lepak macam tu.. Dan seperti biasa saat2 beginilah muncul semula kisah2 lama.. Hihi.. Tempat yang penuh memorable.. [Sayang xamik gambar].. K la, kang lambat lak g ofis.. Huhu.. Da..

[Nota: Sapa2 yang ponteng Kuliah Amal Islami tu, pandai2 jawablah ya.. Huhu.. Berbondong-bondong semalam keluar seusai usrah meninggalkan kuliah.. Hmm.. Masing-masing punya rencana.. Hujung minggu yang sesak.. Huh!!]

Sambung sket lagi.. Tentang isi usrah, aku yakin.. Tentu ramai yang tersentak.. Tentu ada yang tersedak.. Inilah kepentingan usrah.. Medan untuk kita muhasabah.. Tegur menegur sesama kita.. Sudah pasti lain jadinya, bila tegur 'direct' seperti ini berlaku di dalam meeting.. Aku yakin.. Dengan agenda yang banyak, tugasan-tugasan yang terabai, ditambah lagi dengan 'teguran' pasti akan 'mematikan' mood/semangat bermesyuarat. Hmm.. Jiwa2 yang perlu dijaga.. Atau gerak kerja yang perlu dipertingkatkan??.. Ya, aku percaya.. Dua elemen ini tak boleh dipisah.. Tapi mana 'jiwa' yang mampu menyerap terlalu banyak 'kerja' dalam satu2 masa.. Dan disinilah kita diuji.. Amal Jamaei'.. Berjayakah kita untuk mengaplikasikan setelah teori2 ini kita hadam dengan baik, tak kisahlah di mana2 peringkat usrah sekalipun..

~Hmm.. Semua berbalik pada jiwa yang hidup.. Ya Allah, peliharalah jiwa-jiwa kami.. Jika sakit, ubatilah jiwa-jiwa kami.. Andai sudah nazak, maka gantikanlah jiwa-jiwa kami dengan jiwa yang baru.. Ya Allah, hanya kepadaMu kami memohon.. Hanya kepadaMu kami meminta perlindungan.. Perkenankanlah permintaan kami..
Ameen Ya Rabbal Alamin~

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.