26 February, 2010

Kebakaran Di Kg. Pandan Putatan

Share
 
Bismillah...

Satu kebakaran telah berlaku di Kg. Pandan, Putatan kira-kira 13KM dari bandar Kota Kinabalu. Kesibukan umat Islam menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW, rata - rata penduduk Kg. Pandan adalah umat Islam telah menerima musibah ini.

Kebakaran bermula sekitar jam 8 pagi. Semasa ketibaan saya lebih kurang jam 11 pagi daripada menghadiri sambutan maulid Rasul SAW peringkat negeri Sabah ke lokasi didapati hampir 30 buah rumah hangus dijilat api (sumber : mengikut cakap - cakap orang kampung ketika itu ).

Punca kebakaran, berapa buah rumah yang terlibat dan jumlah kerugian masih dalam siasatan polis.

Sempena itu Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah menggerakkan ahli-ahlinya bagi misi bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran. Alhamdulillah, saya bersama setiausaha YAM telah mendapatkan maklumat mengenai segala keperluan yang diperlukan dan bentuk bantuan yang diperlukan daripada ketua kampung. Bantuan pertama akan dihantar selepas asar hari ini.

Gambar sekitar suasana kebakaran :


Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.