Dalam menongkah arus pemodenan yang berlaku pada zaman ini, berlaku pelbagai pancaroba dalam kehidupan para remaja muslim. Aku ada seorang sepupu, sekali pandang seperti dia akan menyertai jemaah tabligh. Namun, bila aku bertanya.
“Kau mau jadi apa?”
“Entah. Aku pun nda taw identiti aku sendiri. Aku masih mencari lagi.” Jawapnya. Sememang jika krisis identiti ini tidak ditangani dengan segera pasti akan menimbulkan pelbagai masalah dikemudian hari.
Lazimnya krisis ini bermula di sekitar umur 17 tahun. Di mana masing-masing akan mencari satu ‘pengenalan’ untuk dirinya agar mudah dikenali. Ada yang mencipta identiti sendiri dan tidak kurang juga ada yang akan menjadi seseorang sebagai ikutan.
PENGALAMAN
Teringat aku ketika aku mengalami krisis identiti sebelum ini, aku tidak tahu siapa sebenarnya diri ini dan kehidupan ku belum jelas ke mana aku hendak pergi untuk siapa aku hidup dan di mana aku harus menabur bakti. Aku terhuyung-hayang untuk mencari siapa diri yang sebenarnya.
Sememang disebabkan kekurangan ilmu Islam membuatkan aku terhumban di dalam kekeliruan mencari makna hidup. Pada masa itu aku terasa seolah-olah dunia ini adalah destinasi abadi. Ku imbas kembali masa yang telah berlalu pergi, sewaktu sedang menduduki SPM aku masih belum temui apakah itu sebuah identiti.
Sehinggalah aku menuntut di PoliKK. Pak cik ada berpesan kepada ku :
“Bila kau study di PoliKK dekatkan diri dengan ustaz-ustaz."
Umur kami tidak jauh beza sebenarnya dan aku menurut kata-katanya. Alhamdulillah, akhirnya aku bertemu dengan identiti ku. Ini meyakinkan aku tentang satu hadis yang selalu aku dengar daripada Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.
“Kamu ialah siapa kawan-kawan kamu” Lebih kurang begitulah bunyinya. Aku tidak pasti siapa perawinya, namun disebabkan penceramah bebas terkenal ini selalu memperkatakan ayat ini akhirnya ia melekat di dalam kepala ku. Jika, ada yang mengetahui boleh kongsikan.
BAGI YANG BELUM MENEMUI JAWAPAN
Sebenarnya dalam mencari jawapan kepada krisis usia ini, kita mestilah fahami hakikat insan di dalam Islam. Bagaimana? Bertemulah kepada ustaz dan ustazah. Bermula dengan menanyakan seperti soalan ini.
“Kenapa aku dicipta?”
Berkawanlah dengan mereka yang berakhlak mulia. Apabila kita berkawan dengan tukang besi, pasti kita akan juga akan terkena bau besi. Begitu juga apabila kita berkenalan dengan orang yang menjual minyak wangi, pasti kita akan terhidu minyak wanginya walaupun tidak membelinya. Insya'Allah akan bertemu identiti yang dan perkara yang sepatutnya diperjuangkan.
*"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri” (Surah Ar-rad : Ayat 11)
0 ulasan:
Post a Comment