05 January, 2010

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah menyampaikan sumbangan 'Gravity Water Supply'

Share
Sumber: http://islamreturn.blogspot.com/

Pada hari ahad (3hb Januari) baru-baru ini saya dan rombongan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah telah berkesempatan ke Keningau bagi menyempurnakan majlis penyerahan 'gravity water supply' kepada sebuah kampung di daerah Sook. Sepenuh kesyukuran saya panjatkan kepada Allah s.w.t kerana diberi peluang kepada saya untuk menyempurnakan apa yang telah dirancang sebelum ini. Untuk makluman para pembaca, duit bagi menyiapkan 'gravity water supply' ini merupakan sumbangan dan hasil dari kutipan jamuan Makan Malam Amal yang diadakan pada bulan Julai tempoh hari (rujuk disini).


Majlis diadakan di sebuah bangsal yang dibuat sendiri oleh masyarakat yang juga dijadikan kelas KAFA.

Kg. Mustika, Sook merupakan kampung pilihan pertama untuk projek ini. Kampung yang terdiri daripada 20 keluarga ini hanya bergantung semata-mata dengan sumber air hujan. Mereka terpaksa meredah perjalanan berkilometer untuk mencari sumber air sekiranya hujan tidak turun lebih dari seminggu. Keperitan ini diluahkan oleh ketua kampung mereka iaitu Ust Sufian Abdullah, yang menyatakan bahawa sejak kampung ini dibuka dengan rasmi pada tahun 2003 dan sebenarnya telah diterokai dari tahun 70an lagi, tidak pernah mana-mana pihak, sama ada kerajaan atau NGO yang hadir mendengar rintihan dan keluhan mereka.

Menurut beliau lagi, kesediaan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah turun padang untuk membantu penduduk sangat-sangat dialukan serta menepati sasaran. Beliau juga melahirkan rasa sedih kerana kerajaan tidak mampu untuk membela nasib penduduk disini walaupun setelah lama menghadapi masalah sumber air.

Ucapan oleh Tn. Hj. Khairan Untoh pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah

Pada majlis perasmian tersebut, Tn. Hj. Khairan Untoh yang juga pengerusi Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah melahirkan rasa bersyukur, dan berharap semoga dengan adanya sumber air ini akan dapat mendekatkan lagi diri kepada Allah s.w.t dengan menyempurnakan ibadat kepadaNya. Seterusnya pada majlis tersebut, Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah juga telah menyampaikan sumbangan beras, gula dan keperluan harian kepada 10 keluarga miskin di kampung tersebut.

Majlis penyerahan 'Water Gravity Pump' oleh Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah

Turut hadir bersama pada rombongan tersebut ialah Ust. Mohd Ridhuan Othman selaku setiausaha Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah, Pn. Noor Rafidah Abd Hamid selaku Naib Pengerusi 3 Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah dan sdra Nadir An Nuri Kamarulzaman selaku wakil dari Persatuan Siswazah Sabah.

gambar sepanjang program


Perjalanan ke ke Kg. Mustika, Sook.



Sumbangan keperluan harian kepada penduduk



Naib Pengerusi 3 (Pn. Noor Rafidah Abd Hamid) bergambar bersama kaum ibu


Sumbangan yang sangat bermakna buat penduduk kampung


Sumber air bawah tanah untuk keperluan penduduk.



Rombongan YAM cawangan Sabah bergambar bersama sebahagian penduduk

Laporan disediakan oleh:
Saifuddin Ahmad
Koordinator Projek 'Gravity Water Supply'.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.