Kebangkitan Islam di pantai Barat Sabah yang amat pesat dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini menyaksikan golongan remaja Muslim mula memonopoli gerakan dakwah. Dari Sipitang hingga ke Pitas trend anta, anti dengan fesyen T-Shirt lambung hingga melepasi lutut match dengan tudung labuh mula kelihatan berlegar-legar di mata masyarakat Sabah. Tidak ketinggalan dengan kewujudan awek purdah menghiasi penglihatan di khalayak umum menandakan trend Islamik mula menyubur di hati remaja Islam Sabah.
Program Islamik banyak di'publish' tanpa henti, penyertaan
anak-anak muda semakin meningkat, produk Muslim semakin mendapat tempat
dan juga perubahan corak pemikiran di kalangan remaja sudah bercirikan
Islamik. Mereka selalu cakna akan soal ilmu agama, sensitiviti tentang
dosa kian memuncak, kesedaran isu nasional dan global yang menceritakan
peristiwa umat Islam yang agak menyentak perasaan. Itulah fenomena
kebangkitan dakwah yang dipandu oleh anak muda Muslim Sabah.
Semangat menolak maksiat diterjemah dalam pelbagai cara yang kreatif.
Tidak meminggirkan kekuatan medium sedia ada, maka dakwah Islam mengalir
laju luar daripada hadnya. Semangat dakwah ini terus dikemudikan oleh captain
yang memiliki ramai anak kapal yang sudah tentu tersusun peranannya.
Akhirnya kapal mampu berlayar dengan lancar dan selamat hinggalah sampai
ke destinasi yang penuh nikmat.
Remaja...
Mereka inilah yang menjadi pencetus perubahan yang besar di Sabah.
Mereka inilah yang mengubah landskap iman umat Islam di Sabah. Dengan
pacakan aqidah yang utuh, fikrah yang jelas, idealogi yang tersusun,
intelektual yang mantap, spiritual yang suci, serta penampilan diri yang
berkarisma, mereka mampu mengubah persepsi masyarakat non-Muslim
mahupun Muslim. Dengan penerimaan Islam yang agak maksima, maka Islam
punyai ruang yang luas untuk sampaikan seruan suci ini.
Mereka yang bergelar remaja ini, tidak akan konsisten jika niat menjadi
kotor atau diracuni virus yang merosakkan matlamat. Mereka takkan mampu
menerobos dinding kepenatan, kesusahan, dan risiko andai di dalam diri
mereka tidak punyai jiwa yang kental. Andai mereka bercita-cita
melebarkan empayar dakwah, mereka mesti bersedia mengorbankan masa,
tenaga dan wang yang lebih banyak daripada sebelumnya.
Imam Syafie pernah berkata :
" jika kamu melihat nasib negara di masa hadapan, maka lihatlah keadaan pemuda yang ada pada hari ini "
~sekadar renungan~
0 ulasan:
Post a Comment