Sumber: http://ikhwannain.blogspot.com/
1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis
pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si
heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu."
Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz
ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene
seterusnya.
Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya.
Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit. http://www.youtube.com/watch?v=zeWzuFHI1Q8
2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene
seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma)
dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di
hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak
rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung
dll. Well, semua merestui benda yang haram dalam scene ni. Yang paling
geli apabila scene 'tak halal' ini diiringi dengan selawat ke atas Nabi
beramai-ramai.
3. Scene seterusnya heroin nama Saida nak ambil buku
terjemahan dari bapa dia depan budak-budak pondok yang sedang menadah
kitab. Saida memakai baju yang amat terang, dengan purdah 4 segi style
baru mungkin. Bila lihat dari sisi belakang akan nampak juga bahagian
pipi dari bawah. Dengan kata lain, ini bukan purdah. Tapi hanyalah kain 4
segi tampal kat bahagian mulut. Tudung Saida pula macam kepala alien
bila sanggul tudung ketara tampak kelihatan Kelihatan. Tudung bonggol
unta apply dengan purdah. Tak lupa juga telinga jelas terbentuk di
tudung yang dipakai dalam cerita ini dari awal sampai akhir. Pelajar
lelaki di depan melihatnya dengan pandangan penuh minat. Well, purdah
tapi berfitnah. Terbaik. Watak Hilma juga pakai tudung bonggol unta. (
note: Diana Amir telah pun memohon maaf untuk kesalahan tudung bonggol
unta kerana masa pembikinan filem tu beliau masih tgh belajar pakai
tudung )
Gaya pemakaian tudung+purdah yang salah ini sekaligus telah mencemarkan nama baik golongan yang berpurdah.
4. Scene seterusnya, flashback setelah Hamka dikatakan maut dalam
letupan. Scene heroin bersama Hilma adik Hamka di tepi jeti. Dia
teringat balik keromantisan akhi Hamka (ulang lagi Assalamualaikum
Cinta, Wslm Rindu) yang datang dan duduk betul-betul di sebelah si
heroin. Belum kahwin. Kononnya tidak mengapa sebab ada adik temankan,
duduk berdua-duaan dekat-dekat macam tu tak menjadi kesalahan. Lalu
startlah heroin bermadah:
"Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan
biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara." Ayat orang bercinta.
Bercinta sebelum kahwin adalah.....haram kan?
5. Scene Attar datang hantar buku-buku ke rumah. Saida bersama-sama Abi
dan Umminya dalam rumah. Saida berpurdah tapi lengan tak tutup dan tak
cuba untuk tutup lengannya yang sememangnya aurat di depan tetamu si
Attar. Masa tu scene heroin sedih, mungkin sedih tu menjadikan aurat
lengan itu halal?
Mulut tutup, aurat lengan buka.
6. Scene seterusnya, flashback Saida lagi. Dia teringatkan Akhi Hamka
sedang mengajar al-Quran di jeti bersama-sama dengan Hilma adiknya.
Hairannya, si heroin duduk betul-betul sebelah dengan hero. Adik hero
duduk jauh sikit pula. Terbalik. Sepatutnya adik lah yang dekat dengan
si abang. Bukan wanita lain. Wow, siap si hero menepuk manja si heroin
yang belum halal lagi buatnya dengan kain serban beliau.
7. Fakharuddin Attar ( Hero Utama selepas Hero Sampingan Hamka mati )
dibuang Madrasah Qalbun Salim tanpa dengar penjelasan dari kedua-dua
pihak. Attar dicekup berkhalwat dengan wanita bernama Nida oleh Imam
disaksikan heroin, ummi, Hilma dan watak2 lain. Ironisnya, pada satu
scene awal perkenalan dengan Nida, si Attar ni tidak pula mahu masuk
bilik si Nida untuk mengambil serbannya. Tapi kali ini, senang-senang
sahaja masuk bilik. Godaan syaitan mungkin.
Pihak pondok terus buang, yakni terus menjatuhkan hukuman berdasarkan
apa yang mereka saksikan dengan mata kasar tanpa dilakukan timbang-tara
terlebih dahulu. Cara Islamkah begini mengajar untuk berlaku tidak adil
pada pesalah?
Last sekali punya scene - scene nikah Saida dan Attar, baju pengantin
perempuan tak ikut syarak. Tudung masuk dalam. Tapi pakai purdah.
Cerita ini disudahi dengan kata-kata hero sampingan Hamka:
"Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta."
7 petala cinta tidak diterangkan dalam cerita ini. Apa benda yang tujuh
itu amat kabur sekali. Yang pasti, cerita ini telah mengangkat tema
cinta sebelum nikah. Kerana cinta pada Saidatul Nafisah, Hamka rela
berkorban walaupun jadi mangsa letupan semata-mata nak siapkan hadiah
perkahwinan Hamka dan Saida, yakni al-Quran tulisan tangan sendiri buat
Saida.
Sebelum menonton, anda kena ingat:-
1. Cerita ini bukanlah gambaran kehidupan Islam sebenar.
2. Bukan gambaran sebenar kehidupan pondok/pesantren yang mengasingkan lelaki dan perempuan.
3. Nice try dari pengarah, tapi tidak cukup nice untuk menggambarkan Islam yang indah.
4. Skripnya boleh tahanlah. Tapi jalan cerita, you tentukan sendiri.
Still tak dapat challenge KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Tidak ada cerita
yang sempurna Islamikanya. Tapi betterlah kalau lihat dari etika
pemakaiannya.
5. Sekiranya ketujuh-tujuh kritikan terbuka di atas diperbetulkan dan
dititikberatkan dalam cerita terbitan akan datang, insyaAllah cerita itu
lebih better. Penonton berhak mengkritik.
p/s: Kritik sebab cerita dia nak menonjolkan Islam dan nak mengaitkan
Islam. Kalau cerita bukan cerita Islamik, tak perlu kritik sangat sebab
memang kita tahu tak syarie langsung pun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak Cipta & Penafian
SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.
0 ulasan:
Post a Comment