09 March, 2012

Ketua Pemuda PAS Sabah saman JKR negeri (update)

Share
Sumber: http://islamreturn.blogspot.com/

Satu sidang media tentang laporan polis dan saman terhadap Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan diadakan esok. Ini adalah sebahagian dari rentetan keadaan jalanraya di Sabah yang teruk dan membahayakan pengguna jalanraya.


Laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Sabah di balai polis Beluran

Keadaan tayar kereta yang perlu ditukar akibat jalanraya yang rosak@berlubang (kejadian sebelum ini)

Isu jalanraya di Sabah yang teruk pernah aku tulis baru-baru ini, rujuk disini.

.......................................................................................................................................

 Laporan terdahulu dari Sabahkini.net (link disini)

JALAN ROSAK PENYEBAB KEMALANGAN BERGANDA
OLEH: SHAIMON S JUMAIDI FOTO: BASRI HJ OSMAN
 

KURANGNYA perhatian pihak kerajaan menyelenggara Jalanraya Kinabatangan-Lahad Datu (yang digelar Lebuhraya Persekutuan di Sabah) yang dalam keadaan berlubang di sana sini, menjadi punca utama berlaku kemalangan maut; sehingga mencederakan dan mengorban beberapa nyawa manusia yang tidak berdosa.


Dalam kejadian terbaru yang berlaku di Lot M, Kinabatangan Lahad Datu; dua kemalangan di tempat berasingan berlaku pada hari yang sama iaitu apabila Van UMNO Kinabatangan yang terbabas kerana cuba mengelakan lubang besar yang terdapat di atas jalanraya tersebut.

Sementara sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda juga terlibat sama dalam kemalangan setelah kenderaan yang dipandu agak laju, terbabas, kemudian terbalik.


Pegawai Kanan Perhubungan Parlimen Kinabatangan, Basri Hj Osman yang menyaksikan kedua-dua insiden tersebut menjelaskan kepada pihak Sabahkini.Net kelmarin bahawa kemalangan tersebut berpunca daripada jalanraya yang rosak teruk kerana kontraktor penyelenggara cuai dan Jabatan Kerjaraya gagal memastikan Jalanraya berkenaan selama setiap masa.

“Mujurlah kemalangan yang berlaku hari ini tidak sampai mengorbankan nyawa,” kata Basri yang merayu bagi pihak UMNO Kinabatangan agar kerajaan dapat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan segera ke atas jalanraya maut berkenaan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kata Basri, beliau bimbang jika jalanraya ini tidak siap guna sebagai Lebuhraya Persekutuan, maka Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan menjadi Hari Raya Korban kerana pasti ramai pengguna terkorban seperti tahun lalu dan sebelumnya!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.