sumber: http://www.malaysiakini.com
Pejabat Pendidikan Tawau hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik kakitangan mereka.
Arahan asal yang meminta guru besar mengkategorikan kakitangan mereka, termasuk guru, sebagai 'hitam', 'kelabu' dan 'putih' mengikut kecenderungan politik masing-masing, adalah satu "kesilapan", kata pegawai pendidikan daerah, Darman Shah Asakil kepada Malaysiakinihari ini.
Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam apa jua cara.
"Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul.
"Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik," katanya.
Jabatannya, tambah Darman Shah, telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua guru besar memaklumkan kepada mereka tentang penarikan balik arahan asal itu.
Awal hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi memberitahu Malaysiakini tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.
EDARAN TAQWIM SEBAGAI DAKWAH LAPANGAN
5 days ago
1 ulasan:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jom jana pendapatan melalui perniagaan TOPUP PREPAID EASYRELOAD di Topupprepaid2u.com. Syarikat kami menyediakan PLATFORM TERBAIK untuk anda dalam menjana pendapatan sampingan melalui jualan topup prepaid secara autoreload. Ramai pelanggan kami telah berjaya dalam perniagaan ini. Melalui Topupprepaid2u.com, anda mampu menjana pendapatan sekitar RM800 - RM6000 sebulan!! Sudah terbukti perniagaan ini mampu MELONJAK STATUS KEWANGAN anda. Rebutlah peluang ini sekarang juga.
Ikhlas,
Narul Erwan Shah Hasan
Admin,
http://www.topupprepaid2u.com/
Post a Comment