06 January, 2012

BN Sabah bergolak kencang?

Share
sumber: harakahdialy.net

KOTA KINABALU, 5 Jan: Pemuda PAS Sabah hari ini menganggap bahawa pergolakan dalaman mengenai kedudukan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin sebagai badai yang bakal meruntuhkan tampuk kekuasaan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Ketuanya, Lahirul latigu (gambar) berkata, desas-desus tindakan Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tersebut bakal menyaksikan pertikaian dan pergolakan dalaman seumpama yang dialami parti perkauman itu.

“PAS percaya, walaupun ditangkis tohmahan kita oleh pegawainya.

“Ini satu bentuk serangan dalaman yang dilakukan Lajim dan para penyokongnya. Ada signifikan bahawa kedua-dua belah pihak ini tidak sehaluan dan sependapat,” ujarnya.

Katanya, pertikaman lidah dan kegusaran pemimpin atasan dan bawahan Umno/ BN sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Ahli Jawatankuasa Umno Beaufort, Ibrahim Salim dan Ketua Umno Sepanggar, Datuk Jumat Idris juga sudah menunjukkan bahawa berlakunya ketidaksefahaman antara pimpinan bahagian dan negeri tersebut.

“Jumat sudah minta Lajim menyatakan pendirian dan meletak jawatan politik. Sudah tunjukkan kepada kita bahawa mereka ini ada kepentingan politik tertentu yang menambah bebanan Umno/ BN,” dakwanya.

Selasa lalu, Jumat, Ketua Umno Sepanggar itu meminta Datuk Seri Lajim Ukin meletakkan jawatan dari jawatan politik dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menurut Lahirul, kesan daripada PRU-12 lalu juga telah menyaksikan beberapa tindakan luar jangka beberapa Ahli Parlimen terutama Sabah yang dikatakan turut akan melompat keluar dari paksi Umno/ BN.

"Selepas PRU ke-12, ramai Ahli Parlimen telah hilang kepercayaan kepada BN.

“Tindakan drastik beberapa Ahli Parlimen ini sedikit sebanyak menganggu gugat kedudukan Datuk Seri Musa Aman yang dikatakan bermasalah,” dakwa Lahirul.

Beliau memaklumkan bahawa, walaupun tiada perubahan pucuk kepimpinan negeri pada waktu itu, namun ia membawa impak yang besar.

“Kita percaya bahawa ada beberapa tindakan yang dibuat Musa Aman ketika ini tidak disenangi oleh rakan-rakannya dalam politik.

“Barangkali ada usaha pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk menyingkirkan Musa,” dakwanya sambil merujuk kepada apa yang berlaku salah seorang Ahli Parlimen yang senyap setelah ditawarkan Menteri sebagai cengkaman politik yang memeningkan kepala Umno/ BN

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.