30 September, 2011

Timbalan Presiden PAS Turun Tawau & Kalabakan

Share
Sumber: http://landasanukhwah.blogspot.com/

Tawau, 27 September: Penduduk Tawau dikejutkan dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Sabu ke Tawau & ke Kalabakan. Lawatan 2 hari beliau ke Sabah khususnya Tawau & Kalabakan diisi dengan aktiviti yang amat padat seperti lawatan beliau ke lokasi dimana tempat berlakunya konfrentasi Askar Indonesia menyerang pada 29 Disember 1963 di Kalabakan.

Lawatan pertama  beliau ialah mengunjungi bekas tentera yang mendapat latihan di Port Dickson iaitu En. Ku Onn Tong. Biarpun Malaysia yang dikatakan telah merdeka puluhan tahun, namun En Ku tidak mendapat pembelaan dan masih memegang kad penduduk tetap.


Anak dan isteri Ku Onn Tong (bekas tentera) sedang mencuci kain. Masih ada lagi rakyat yang hidup seperti belum merdeka.



Inilah bukti beliau merupakan bekas tentera yang dihantar ke Pusat Latihan Pasukan Setia Negara di Port Dickson, Negeri Sembilan.



Lebih 700 orang memenuhi ruang dewan bagi mendengar ucapan beliau di Hotel Emas. Turut hadir Sdr. Gan Chee Chan pimpinan PKR Tawau dan Sdr. Chan dari DAP untuk memberikan ucapan.

Keesokkannya, Haji Mohd Sabu turun ke parlimen Kalabakan bagi menghadiri sesi dialog bersama penduduk Kampung Ulu Kalabakan disambut mesra dan melihat dan mendengar keluhan penduduk disitu ada yang menyatakan bahawa sehingga kini mereka belum merasai kemudahan-kemudahan yang dimiliki seperti penduduk bandar dan ada separuh dari penduduk belum mempunyai status kewarganegaraan sedangkan sudah lama menetap dan berkerja di kampung tersebut.



Tuan Haji Mohamad Sabu bergmbar dihadapan Tugu Peringatan Peristawa Kalabakan

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.