14 August, 2011

Dari Kedah Hingga Ke Kota Marudu

Share
Sumber: http://i4a99-cintakanmati.blogspot.com/


…apa yang dah ku buka? Sultan Muhammad Al Fateh adalah khalifah Islam yang sangat popular dan digeruni oleh kaum kuffar kerana rekod sultan yang Berjaya menghancur leburkan kota jahiliyah Kota Konstantinopel. Bukanlah kehancuran itu bermaksud bangunan dan binaan runtuh luluh atas daratan yang subur itu. Tapi penawanan sultan ke atas kota itu telah menyirami hidayah dan menyemai kebenaran yang mana sebelum itu penindasan dan kebinatangan pemimpin kafir ke atas penduduk sangat menghantui mereka. Itu adalah Al Fateh, bagaimana pula Rendy@Mujahid Bandau?

Dari Kedah ke Kota Marudu. Aku pantas meluncur ke daratan perjuangan yang telah ku tinggalkan itu. Musafir ilmu yang dikatakan student oversea ini kembali mencurah bakti tanpa apa-apa tauliah mahupun slip gaji dari kerajaan di pentas perjuangan bersedia menghadapi plot dan lirik perjalanan yang entah ke mana kesudahannya. Klimaks perjuangan yang ingin dicitai yakni syahid di jalan Allah selalu diintai. Andai di situ ketentuanNya, aku yakin ada ribuan lagi pengemudi gerakan dakwah ini bakal menyusul.
Seminggu di Kota Marudu…setelah dari Kedah...kerja ini berpanjangan=)


Nasib remaja yang perlukan bimbingan, mereka tak bersalah sepenuhnya. Semoga kita memahami...

Sempat mengambil gambar masjid bekas gereja. Tertera 'SDA' sebagai Sevent Day Adventure bukti tanda gereja di terminal Padang Merdeka.


Memasuki daerah Kota Marudu, di persimpangan antara ke Kudat dan Kota Marudu, inilah imej Islam agama rasmi di negara yang tercinta ini.
'Mongogik' istilah dusun yang membawa maksud memijak-mijak padi bagi memisahkan antara buah padi dan jeraminya. Skill yang agak antik.
Kelihatan kucing kesayangan, si Putih. Gemuk, manja dan minta puji. Pandai merajuk dan rindu. Selalu ikut mak saya ke sawah dan ke sungai (ikut-ikut ja, bukan buat kerja).


Kembara Solo. Hendak ke Kampung Piso memantau perkembangan.
Kanak-kanak dari SK. Talantang1, balik ke rumah dalam keadaan hujan yang lebat. Steady dan bersemangat. Ingat zaman budak dulu-dulu.


Antara penduduk Kg Piso. Baru jak beli sayur diorang terus sembang mengenai masalah yang dihadapi terutamanya isu tanah yang diambil kerajaan (in Dusun language).

Antara cabaran menarik ke Kg Piso, mungkin boleh buat Rehla ke sini. Lain kali kot.

Ini pula cerita di Kg Parong, kampung angkat PSS. Tanaman tembakau, sumber ekonomi utama penduduk kat sini. Kecil-kecilan sahaja.


Kesan banjir. Sebenarnya telah melimpahi sehingga melewati lantai rumah yang rendah di kampung ini.

Tetap bersukan. Majulah sukan untuk kesihatan badan. Kurangkan gula (harga makin mahal)

Kanak-kanak Kg Parong, bercita-cita menjadi tukang masak yang terkenal. "dik, boleh order tak". Ermm, kekurangan tidak menghalang cita-cita. Praktikal yang agak unik. Mungkin akan tercipta Kek Tanah;)

Tandas surau Kg Parong tanpa pintu dan paip. Wah

Surau yang sunyi. Takda imam. Orang kampung kata dah pindah setelah kahwin isteri kedua. Sedang dicari JHEAINS pasal isu zakat. Amanah tidak mengira individu. Pengadilan ada di akhirat, paham-pahamlah wahai pemimpin.

Ini rumah mak mertua imam belah isteri pertama. Kini kosong tanpa penghuni. Nenek yang tinggal di sini dulu bersama cucu-cucunya, riang dan gembira ketika kedatanagn pertama PSS

Kepulanganku setelah memantau Kg Parong...tiba-tiba ada makhluk istimewa di hadapan;)
Juga kesunyian macam penduduk Kg Parong:'(

INI LANGKAHKU
LIHATLAH, BAGAIMANA ALLAH MEMBAHAGI-BAHAGIKAN KERJA KITA.

Catatan langkahku...

KK=9/MEI
KG RANAU=10/MEI
KG TALANTANG=10/MEI
KG PISO=12/MEI
KG MASOLOG=12/MEI
SURAU KG SALIMANDUT=12/MEI
KOTA BELUD=13/MEI
MASJID UMS=14/MEI
SMK KM1=14/MEI
PASTI=15/MEI
SMK KM2=17/MEI
SMK TANDEK= 19/MEI

"aku tidak melihat dunia ini satu kesempatan dalam kesenangan, tapi aku melihat dunia ini hanya sebuah pentas lakonan menghidupkan watak kejujuran"

Telah ramai masyarakat kutemui, bertanya dan berkongsi. Isu Islam dan kebajikan. 95% menafikan keadilan kebajikan dan bantuan. Tidak berpuas hati tentang subsidi sawah padi. Bantuan bencana banjir yang tidak kelihatan. Puluhan tahun tanah sudah diusahakan oleh penduduk malah secara turun temurun. Menyedarinya tetiba sahaja menjadi hak kerajaan! Dan aku boleh kata, puluhan YB di daerah ini bersilih ganti, tetapi pekan Kota Marudu tetap kotor dan banyak sampah.

Mengenai respon tentang Islam, 100% non-muslim Sabah lebih suka berdamai. Perwatakan mad'u yang mudah didekati. (Dari kita jak). Mungkin belum survey banyak. Cuma kesimpulan yang ada setakat ini.

Isu terdekat yang akan diperjuangkan.....MASALAH AJARAN SESAT (BAHAI)!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.