sumber: http://masdarwahid.blogspot.com
Jurucakap penduduk, Gunjar Jambu berkata, tindakan itu dibuat selepas syarikat itu enggan menghentikan pencerobohan melalui aktiviti pembalakan di atas tanah mereka.
“Tahap kesabaran penduduk sudah mencapai kemuncak, sudah beberapa kali aduan dan laporan polis dibuat namun ia (pencerobohan itu) masih berterusan.
“Hak kami diceroboh, malah tanah dan tanaman kami musnah. kami 100 peratus menentang pencerobohan ini,” kata Gunjar.
DUN Tebedu yang dihuni majoriti masyarakat Bidayuh sejak beberapa penggal lalu sehingga kini diwakili Datuk Michael Manyin anak Jawong dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB-BN) yang juga seorang menteri BN di negeri itu.
Sementara itu, seorang penduduk yang dihubungi masdarwahid.blogspot.com memberitahu, semasa berlangsungnya pilihanraya Sarawak lalu, desas desus kononnya seorang wakil Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNU) akan dihantar bagi berbincang mengenai isu itu hanyalah sandiwara pihak tertentu.
Menurutnya, penduduk tahu siapa orang kuat di belakang DBNU kerana sehingga kini mereka tidak pernah di bawa berbincang mengenai pencerobohan itu.
"Malah dakwaan pihak tertentu kononnya penduduk bertindak kerana isu pampasan adalah bohong. Ingin ditegaskan, isu pampasan tidak timbul kerana penduduk tidak pernah mengizinkan tanah pusakanya diceroboh.
"Bagaimana timbul isu pampasan kalau penduduk enggan tanah mereka diceroboh," katanya yang enggan dikenali.
Menurutnya, syarikat kroni BN itu menceroboh Tanah Hak Adat Bumipuetra (NCR) milik penduduk sejak Julai tahun lalu dan satu laporan polis sudah dibuat tetapi tiada tindakan diambil terhadap penceroboh itu sehingga kini.
"Laporan polis dibuat sejak tahun lalu dan usaha pemilik tanah untuk berunding secara baik terhadap wakil syarikat itu juga gagal bermula tahun lalu sehingga April tahun ini.
"Sebab itu, tindakan ini (pembakaran) hanya diambil sebagai iktibar agar syarikat itu segera keluar dari tanah penduduk," katanya.
Beliau turut menegaskan tiga perkara utama yang dituntut penduduk di kawasan itu.
Pertama, syarikat kroni diarah menghentikan pembalakan dan segera keluar dari tanah penduduk.
Manakala yang ketiga, segala kerosakan yang diakibatkan syarikat kroni akibat pencerobohan itu hendaklah diganti kepada suatu jumlah yang munasabah.
0 ulasan:
Post a Comment