13 April, 2011

Pilihanraya Sarawak, mirip kejatuhan BN di Pulau Pinang

Share

sumber: http://masdarwahid.blogspot.com


Pilihanraya Sarawak yang sedang berlangsung ketika ini mirip dengan situasi sebelum kejatuhan Barisan Nasional di Pulau Pinang.

Semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Mac 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tso Koon yang bakal melepaskan jawatannya tidak mengumumkan langsung siapa penggantinya membuatkan jentera kempen Pakatan Rakyat memainkan isu itu sehingga kem BN di beberapa kawasan keliru dan mensabotaj antara satu sama lain.

Hasilnya, negeri yang satu-satunya dikuasai Parti Gerakan pimpinan Tsu Koon itu itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, KEADILAN dan PAS.

Ketika ini di Sarawak Taib turut tidak menamakan siapa penggantinya sehingga penyokong diakar umbi turut melakukan perkara sama dengan Kem calon-calon pengganti

dilihat cuba menjatuhkan musuh masing-masing.

Dua nama disebut-sebut untuk menggantikan Taib, Datuk Abang Johari Openg, Calon BN di DUN Satok dan Datuk Adenan Satem, calon BN di Dun Tanjung Datu.

Difahamkan, penyokong Abang Johari atau panggilan dalam kalangan pengikuntnya, Abang Jo terkejut dengan tindakan Taib menyerahkan pengumuman nama calon BN melalui Adenan dan bukan Taib sebagai mana kelaziman sebelum ini.

Kumpulan Abang Jo mendakwa, pengumuman itu sepatutnya dilakukan Abang Jo selaku Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan bukan Adenan yang hanya Ketua Penerangan di Sarawak.

Sesuatu yang menarik, Taib yang memerintah Sarawak genap 30 tahun pada 26 Mac lalu menyamai tempoh Tsu Koon sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum kejatuhannya.

Menaarik juga untuk dicatatkan di sini kerana Pulau Pinang sebelum ini merupakan satu-satunya negeri yang dikuasai Gerakan, yang dipimpin Tsu Koon manakala Sarawak pula satu-satunya negeri yang dikuasai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipimpin Taib sejak 1981.

PBB ialah sekutu utama BN di Sarawak manakala Gerakan ialah sekutu utama BN di Pulau Pinang dan bukannya Umno, yang lazimnya mendominasi BN di seluruh negara termasuk di Sabah.

Malah, Sarawak walaupun merupakan negeri terbesar di Malaysia manakala Pulau Pinang antara negeri terkecil di negara ini, namun persamaan jelas, di kedua-dua negeri itu hampir sama.

Ini kerana keduanya memiliki kerusi majoriti Melayu sekadar 20 kerusi dari keseluruhanya di samping Sarawak dan Pulau Pinang ialah negeri-negeri itu tidak memiliki Sultan.

Pada PRU lalu, DAP Pulau Pinang menggunakan slogan Jom Ubah, strategi sama digunakan di Sarawak ketika ini.

Pada Pilihanraya Sarawak kali ini, DAP bertanding di 15 kerusi, PAS (lima) dan KEADILAN (48).

Gabungan itu sudah pun menamakan Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri Sarawak jika KEADILAN menang majoriti kerusi berbanding DAP dan PAS pada pilihan raya kali ini.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.