21 April, 2011

Mencari Ruang Untuk Berjuang Di Belakang Tabir?

Share
sumber: http://mujahideen-islam.blogspot.com




Salam alayk'. Fikiran melayang seketika memikirkan sahabat-sahabat sekeliling yang masih berjuang. Bukan memperlekehkan, tapi cuba memecahkan tembok penghalang. Masalah yang acap kali membelenggu "penggerak dakwah" yang berjuang dalam arena dakwah dan siasah. Tidak dinafikan, berkecimpung dalam perjuangan menegakkan siasah Islamiyyah membanteras siasah Jahiliyyah memerlukan "ketahanan" yang tinggi dari aspek fizikal dan mental apatah lagi berhadapan dengan pemerintah sekular yang tiga suku.


Pelbagai mehnah dan tribulasi yang "mungkin" akan dihadapi namun itulah resam perjuangan. Resam perjuangan seperti "ditukar sekolah, dibuang negeri atau daerah, diancam, dikritik dan dipulaukan serta dibuang kerja" yang sepatutnya menjadikan kita "cekal" telah menjadikan satu 'igauan ngeri' pada realiti hidup penggerak dakwah. Hasil daripada "igauan ngeri" inilah yang kini menghasilkan "Penggerak Dakwah Di Belakang Tabir" dengan alasan sebagai strategi dan pertimbangan mafsadah. Tidak dinafikan ini diantara faktor yang menyumbang ke arah merencatkan perkembangan dakwah dan siasah Islamiyyah.


Inilah penyakit yang dilihat sesetengah penggerak dakwah pada hari ini, "mindset' untuk berjuang secara belakang tabir kian meluas khususnya mereka hasil keluaran kampus yang memilih mencari rezeki di medan "government". Jika pemikiran seperti ini masih berterusan, maka kelak sikap seperti ini akan menjadi ikutan kader-kader dakwah yang mendatang dan akan lahirlah generasi ataupun penggerak dakwah yang "penakut". Mungkin apa yang dinyatakan ini boleh diantara pandangan ataupun persepsi yang dikatakan radikal dan agresif yang kerap kali diluahkan kepada penulis.


Namun, dari sudut pandang yang lain, tidak seluruhnya kita boleh menuding jari terhadap golongan yang sebegini. Pendapat penulis mungkin lebih ringan, sifirnya mudah iaitu "Lebih baik masih menyumbang daripada tidak menyumbang apa-apa kepada dakwah Islam". Maka, perlunya kebijakan kita untuk masih cuba menggarap "tenaga" semaksima yang mungkin daripada individu-individu yang pergerakannya terhad ini ke arah dakwah. Ini mungkin pemurnian yang boleh diberikan agar kesinambungan dan peranan diantara penggerak dakwah dapat dilangsungkan biarpun sumbangan yang sedikit.


Penulis sampaikan pesanan buat mereka yang bersemangat di kalangan kita supaya bersabar dan menunggu pusingan masa. Penulis pesan juga pada mereka yang tidak mahu bangkit dan beramal bahawa jihad ini tidak mengenal erti rehat.

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik..” (Surah Al-Ankabut; ayat 69)



p/s: Bersabarlah atas kritikan.. Sesungguhnya kita berada dalam satu keluarga. Insyaallah..

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.