Sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com/
بسم الله الرحمن الرحيم
Melayu UMNO bukan cerminan islam.. Melayu UMNO adalah cerminan Bangsa Melayu sebelum kedatangan islam...
Bangsa Melayu sebelum kedatangan islam Penuh dgn hasad dengki, tamak haloba, rakus, bongkak, berprasangka buruk terhadap manusia dan tuhan, suka memfitnah dan mengadu domba, terlalu bangga diri, perkauman, gemar bercakap besar, gila harta, kuasa dan pangkat, percaya kepada pekara2 mistik dan tahyol seperti memuja keris, cincin dan kubur, gemar mengamalkan ilmu2 sesat dan sihir serta berkawan dgn makhluk halus ( jin dan syaitan ) ilmu saka dan kebal.
Selepas kedatangan islam ke tanah melayu...
1 ) Ikut sejarah yg ditulis - Islam dibawa oleh pedagang Arab dan India
2 ) Ikut Fakta yg sahih - Islam dibawa oleh Pedagang China yg diketuai oleh
Laksamana Ma Chen Her ( Cheng Ho ).
Selepas kedatangan islam - Kebanyakkan Bangsa Melayu telah meninggalkan segala2 warisan nenek moyang mereka yg bertentangan dgn ajaran serta akidah islam.. Bangsa Melayu telah menjadi suatu kelompok manusia atau masyarakat yg unggul serta bertamadun sehingga dihormati oleh masyarakat dunia baik dari Tanah Besar Cina, Benua India, Semenanjung Arab dan diiktiraf oleh oleh Khalifah Islam yg menerajui Kerajaan Othmaniah di Turkey...dikagumi oleh kuasa2 besar di sebelah barat seperti Potugis, Belanda dan Spanyol...
Malangnya... terdapat segelintir bangsa Melayu yg walaupun telah menganuti agama islam tetapi masih lagi belum berjaya meninggalkan sifat2 tercela yg diwarisi dan dimiliki oleh bangsa melayu itu sendiri seperti yg dinyatakan di atas tadi dan masih lagi mengekalkan warisan nenek moyang mereka yg mengamalkan pekara2 mistik dan tahyol...
Contohnya
1 ) Peristiwa Fitnah ke atas Hang Tuah kononnya bermukah dgn gundik Sultan.
2 ) Peristiwa Fitnah Ke atas Hang Jebat Kononnya ingin merampas kuasa sultan dan bermukah dgn Dang Baharu.
Kini peristiwa2 Fitnah masih terus didendangkan oleh bangsa Melayu saban hari tanpa berasa jemu walaupun sedikit.. kerana itulah amalan dan darah daging nenek moyang bangsa melayu sebelum kedatangan islam ke tanah melayu dahulu
Justeru itu jika kita ingin melihat wajah Bangsa Melayu sebelum kedatangan Islam lihatlah wajah UMNO.. kerana UMNO bukan Cerminan Islam kerana UMNO adalah cerminan Bangsa Melayu sebelum kedatangan Islam..
"MANA USTAZ ITU? SAYA MAHU SAMAN DIA"
9 hours ago
0 ulasan:
Post a Comment