31 March, 2011

Penganjuran Sukaneka dan Karnival PASTI Sepangar 2011 meriah

Share
Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Bertempat di padang DBKK Kingfisher, telah diadakan Sukaneka dan Karnival PASTI Sepangar kali kedua selepas ianya berjaya dilaksanakan pada tahun lepas (lihat disini). Karnival yang bermula pada petang sabtu lagi telah menarik minat masyarakat setempat untuk hadir. Turut diadakan adalah perlawanan persahabatan bola sepak antara Unit Amal Dream Team dengan pasukan Ble'rong Gintisan. Manakala pada sebelah malamnya pula telah diadakan konsert Dikir Barat dan persembahan Nasyid.


Gambar kenangan perlawanan persahabatan antara pasukan 
Unit Amal Dream Team dan Ble'rong Team

Pada hari ahad, merupakan kemuncak Karnival Pasti yang mana telah diadakan acara Sukaneka Pasti kawasan Sepangar. Sukaneka ini telah dirasmikan oleh Saudara Lahirul Latigu yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Sabah dan Pengarah PASTI negeri Sabah. Pada sukaneka kali ini sebanyak 8 buah PASTI yang terdiri lebih daripada 300 orang pelajar telah menyertainya. Antara Pasti yang terlibat ialah Pasti As-Salam (Kelombong), Pasti As-Solihin (Puterajaya), Pasti An-Najah (Tmn Kuala Menggatal), Pasti Al-Islam (Kg.Lobou), Pasti Al-Qayyum (Universiti Apartment), Pasti Al-Hakim (Bandar Sierra), Pasti Al-Amin (Tmn. Millenium, Kingfisher) dan Pasti Al-Khalifah Kids (Tmn. Putera Perdana). Pelbagai acara telah diadakan termasuk acara untuk ibubapa dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dibawah umur 5 tahun. Pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Ustaz Julfikar Abd Mijan yang juga ketua Penerangan PAS kawasan Sepangar, Pasti As-Salam telah berjaya menjadi juara keseluruhan pada sukaneka kali ini.

Turut disediakan pada karnival kali ini ialah gerai jualan dan pameran produk halal. Manakala kaunter pameran PAS kawasan yang terdiri dari Dewan Muslimat, Nisa', Dewan Pemuda dan Unit Amal juga dibuka untuk masyarakat lebih mengenali perjuangan Parti Islam Se-Malaysia. Turut disediakan ialah kaunter daftar pemilih dan kempen derma darah. Program dimeriahkan lagi dengan jamuan 'Bubur Lambuk' percuma yang disediakan kepada semua tetamu yang hadir.

Urusetia penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat memberi kerjasama dalam menjayakan program kali ini, juga tidak dilupakan kepada Hospital Kudat yang hadir untuk membuka kaunter derma darah.

Gambar sekitar Sukaneka:








Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.