24 March, 2011

Tiada Jaminan 100% Dari Kerajaan Berkaitan Loji Nuklear Di Gebeng

Share
Sumber: http://www.wardahal-jannah.blogspot.com/


Belum berakhir kisah duka Tsunami dan Gempa Bumi di Jepun, sekali lagi penduduk Jepun ditimpa musibah dan sekaligus mampu mengemparkan penduduk seluruh dunia dengan kebakaran loji nuklear yang melanda di Fukushima baru-baru ini. Mengupas isu berkaitan bahayanya kesan daripada radioaktif nuklear, turut membuka mata ana untuk mempersoalkan tentang jaminan kerajaan terhadap pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif yang sedang dalam pembinaan di Gebeng Kuantan. Klik disini. Pada pendapat ana, hakikat sebenarnya kerajaan  langsung tidak mampu menjamin 100% keselamatan penduduk disekitar tersebut bahkan jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia akibat daripada pencemaran bahan radioaktif yang dihasilkan daripada loji pembinaan itu.





Pembaca-pembaca yang dikasihi kerana Allah Swt, seharusnya kita mengambil pengajaran daripada kebakaran loji nuklear yang berlaku di Fukushima Jepun baru-baru ini. Seperti yang kita ketahui, akibat kesan daripada radiasi nuklear bukan sahaja akan dirasai untuk hari ini, malah kesannya boleh memakan masa bertahun-tahun hingga berpuluh tahun lamanya. Mengapalah kerajaan begitu sukar untuk mengambil ibrah daripada apa yang berlaku, contohnya kemalangan yang paling dahsyat di dalam sejarah dunia iaitu kemalangan di Chernobyl, Ukrine pada 26 April 1986. Kemalangan Chernobyl merupakan kemalangan reaktor nuklear yang mana bahan-bahan panas yang dihasilkan daripada teras reaktor telah menyebabkan kebakaran dan mengakibatkan sejumlah bahan radioaktif yang besar terbebas ke alam sekitar. Cerita selanjutnya klik disini. Ketika ana masih bergelar mahasiswa dalam bidang Fizik Kesihatan, pensyarah ana sering mengingatkan kami tentang bahaya akibat kesan daripada sinaran radioaktif yang tidak terkawal. Kami juga sering diingatkan agar sentiasa cakna tentang isu-isu yang melibatkan radioaktif nuklear. 
Kepulan asap radioaktif yang tersebar akibat kebakaran reaktor nuklear di Jepun
Kesan Kebakaran yang berlaku di Chernobyl
Kebakaran terbesar yang meragut beribu nyawa di Chernobyl
Menurut Dr. David J. Branner iaitu merupakan seorang direktor Center for Radiological Research di Colombia Universiti, kesan daripada radiasi bersifat tidak langsung. "Beberapa minggu kemudia baru timbul kesan gejalanya." katanya. Ini kerana kesan akibat daripada radiasi adalah bergantung kepada bahan radioaktif yang dilepaskan dan kadar dedahan. Tahap aras yang tinggi boleh menyebabkan sindrom sinaran akut bahkan kepada kematian. Gejala sindrom yang dimaksudkan disini ialah seperti loya, muntah-muntah, cirit-birit, hilang selera makan dan sakit kepala. Semantara itu, bagi penduduk yang berisiko rendah yakni jauh daripada kawasan tersebut, radiasi nuklear biasanya akan menyebabkan kanser dalam beberapa tahun. Namun itu bergantung kepada lamanya dedahan dan jenis radioaktif yang dikeluarkan daripada reaktor nuklear.

Kesan sinaran radioaktif 1
Kesan sinaran radioaktif 2
Pembaca-pembaca yang dihormati sekalian, nah, jelas dan nyata keterangan yang sedikit dinyatakan diatas bukan. Adakah kerajaan masih ingin meneruskan niat murni mereka untuk membina loji nuklear di Gebeng? Jangan sahaja demi menginginkan keuntungan, nyawa rakyat menjadi taruhan! Klik disini
Bagi pendapat ana, tidak mustahil ada sahaja pihak mereka yang akan mengatakan;

"Loji belum siap terbina lagi, mana boleh kata itu dan ini akan terjadi! Inilah pihak pembangkang ada sahaja benda yang mahu dijadikan isu. Benda ini pun boleh menjadi suatu isu!"

Jadi, sebelum mereka mengatakan sedemikian, lebih baik ana bersiap sedia dengan jawapan ^_^

"Sudah terang lagi bersuluh, dah ada contoh pun yang boleh kita ambil iktibar. Contohnya apa yang berlaku di Jepun baru-baru ini dan kebakaran yang berlaku di Chernobyl 25 tahun yang lalu. Lainlah dengan isu memberikan Pakatan Rakyat memerintah kerajaan. Dah memang terang benderang selama 53 tahun kita merdeka, dok asyik UM*O sahaja memerintah. Cuba untuk PRU-13 kali ini kita memberikan kerajaan Pakatan Rakyat pula yang memerintah kerajaan. Kita liha hasilnya. Berjaya ataupun tidak? \~_^/ ." Jawapan yang disertai dengan salingan iklan.

Kami telah mempunyai pengalaman dan tiada sesiapa yang akan diberikan sebarang kebebasan,” kata Raja Abdul Aziz Raja Adnan (Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia) merujuk kepada Bukit Merah yang merupakan tempat pertama didirikan pada tahun 1980-an. Baiklah sekiranya beliau mengatakan bahawa loji nuklear ini adalah selamat mengapa pula boleh timbul isu seperti yang dikatakan oleh Dr Jayabalan A Thambyappa iaitu seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, yakni beliau kurang yakin dengan kenyataan itu.

“Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen," menurut beliau. Untuk memahami cerita selanjutnya antum boleh klik link ini. Klik disini

Suka ana memetik kata-kata daripada Ketua DPPP iaitu Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi yang mana beliau turut kesal dan mempersoalkan jaminan yang diberikan berkaitan pembinaan Loji Nuklear di Gebeng.

Ketua DPPP, Uastaz Nasruddin Hassan At-Tantawi
“Penduduk sekitar daerah Kuantan dan Gebeng sekali lagi terdedah kepada ancaman sisa radioaktif yang bakal terhasil..Saya melihat projek seperti ini sangat mengundang risiko kepada tahap kesihatan masyarakat kita kerana Pusat Industri Gebeng letaknya berhampiran dengan taman perumahan penduduk.

“Sisa buang yang akan tersalur ke sungai akan memberi kesan radioaktif kepada masyarakat. Apakah seluas-luas gurun di Australia tidak mencukupi untuk membina kilang seperti ini jika ia benar-benar didakwa selamat?”
soal Ustaz Nasruddin (Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat). Antum boleh juga baca di sini untuk ulasan daripada ustaz sendiri. Klik disini

"Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang-orang yang benar.” (Al-Baqarah:111)

Sekadar itu sahaja pandangan daripada ana seorang hamba Allah yang hina lagi dina. Ana mengeluarkan pendapat sebagai seorang anak tulen bumiputera Malaysia yang cintakan kesejahteraan, keharmonian, serta keamanan di bumi Allah SWT ini. Wallahu'alam.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.