Share
“Hormatilah kami (PAS) sebagai sebuah parti politik berdaftar, multi kaum dan kami tetap relevan untuk rakyat Sabah. Kita berpolitiklah di atas padang yang rata. Sama-sama kita buktikan pembelaan kepada rakyat dan kita mengutamakan rakyat dalam setiap tindakan kita. Barulah rakyat akan merasai nikmat memiliki pemimpin politik,” seru Hj Muhamamad
Sumber : sabahkini.net
PAS sebagai sebuah parti politik yang sah di sisi perlembagaan mengharapkan pemimpin politik Barisan Nasional khususnya, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Seri Joseph Kurup tidak menggunakan pasukan keselamatan untuk menakut-nakutkan penduduk-penduduk Sook kerana menerima bantuan pemimpin PAS dalam menuntut hak mereka.
Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Muhammad Abdullah melahirkan rasa terkilan atas tindakan Ahli Parlimen Persiangan, Datuk Seri Joseph Kurup yang memperalatkan pasukan keselamatan untuk masuk dan menyoal penduduk kampong di Sook tentang hubungan mereka dengan PAS, baru-baru ini.
“Tindakan seumpama ini mengambarkan seolah-olah mereka yang bersama pemimpin PAS dan PAS itu sendiri menyalahi undang-undang,” kata Hj Muhammad dengan nada kesal.
“Sebagai veteran politik, Kurup sepatutnya berhadapan secara professional dengan seteru politiknya dan tidak menggunakan jentera kerajaan untuk mengekalkan kuasa. Hadapilah kami (PAS) secara berhemah sesuai dengan kedudukan beliau. Kalau beliau bimbang dengan pengaruh PAS, sebaiknya beliau turun untuk menyantuni rakyat bukan mengugut mereka,” tambah Hj Muhammad lagi.
Hj Muhammad turut mengharapkan kehormonian dalam dalam menjalankan kerja politik. Ini kerana PAS berpolitik untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat. Bukan untuk memecahbelah dan menyusahkan rakyat seperti dakwaan dan tindakan pemimpin BN.
Sumber : sabahkini.net
0 ulasan:
Post a Comment