22 March, 2011

Lelaki buncit dalam video fitnah

Share
Sumber: http://monazmuslim.blogspot.com/

Penulis tak hairan dengan tindakan pihak tertentu menerbitkan video seks fitnah terhadap DSAI. Penerbitan video tersebut membuktikan betapa 'desperate'nya UMNO/BN bagi menghadapi PR DUN Sarawak dan PRU13. Perlu diingat modes operandi konspirasi Liwat II ini sama je dengan konspirasi Liwat I. Yang beza hanyalah para 'pelakon'nya saja. Matlamatnya serupa. Yaitu mahu menghantar kembali Anwar ke 'Hotel 5 Bintang' Sungai Buloh.

Justeru direka satu lagi kes liwat terhadap Anwar dengan mengupah seorang budak suruhan yang berlagak baik tetapi penuh kemunafiqan. Sanggup membiarkan diri diperalatkan oleh UMNO laknatullah bagi melaksanakan agenda fitnah keji terhadap insan yang tidak berdosa.

Penulis tak tahulah apakah jenis manusia yang sedang memimpin UMNO dan menjadi pemerintah negara hari ini. Adakah mereka ini bala tentera Dajjal yang bertopengkan manusia? Mengaku Islam tetapi hakikatnya penuh dengan kemusyrikan dan kemunafiqan. Lebih hina dan jahat daripada kafir Harbi.

Tiada bezanya mereka ini dengan Kamal Ataturk, Hosni Mubaraq, Muammar Ghadafi dan Mahmoud Abbas. Sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa yang semakin hilang dari genggaman.

Sebab itu jangan kita hairan bila Najib melawat kubur Kamal Ataturk di atas Bukit Ankara sewaktu membuat lawatan kerja ke Turki baru-baru ini. Pemimpin jahat mesti melawat kubur rakan sekutu iblisnya.

Siapa yang tak kenal dengan Kamal Ataturk, bapa sekular Turki. Pembunuh para Ulama'. Penghapus sekolah agama rakyat. Penentang No.1 Islam. Penghapus sistem Faraid. Penentang hukum Allah dan banyak lagi kezaliman yang dilakukannya sewaktu memerintah Turki.

Mungkin ada di kalangan kita tak tahu bahawa mayat Kamal Ataturk tidak pernah dikebumikan kerana tidak diterima oleh bumi. Akhirnya mayat manusia durjana itu diletakkan di atas Bukit Ankara dan disimpan di bawah binaan batu mar-mar yang dapat dilihat sehingga ke hari ini. Di dunia lagi Allah telah berikan balasan tunai terhadap orang seperti Kamal Ataturk. Mati dalam keadaan hina dan sengsara.

Lelaki perut buncit

Dalam satu sidang media, sambil tersenyum Anwar kata, lelaki dalam video itu mempunyai perut yang "lebih buncit" berbanding beliau.

"Memang diberitahu kepada saya bahawa gambar itu mirip kepada gambar saya. Cuma perut orang itu jauh lebih buncit dari saya," katanya yang disambut gelak ketawa oleh para pemimpin PKR yang turut hadir di sidang media berkenaan.

Sebagai rakyat yang cintakan keadilan, kita yakin kebenaran pasti menang manakala kebathilan pasti tumpas akhirnya. Hanya Allah Yang Maha Menentukan bilakah saat dan ketikanya.

Berbalik soal video fitnah, penulis yakin ianya akan memakan diri UMNO sendiri. Hanya tunggu dan lihat saja apa kesudahannya.

Marilah kita berdoa' semuga Allah SWT menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada fitnah jahat ini.

Masa Untuk Berubah

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.