Alhamdulillah, sejuta kesyukuran kepada ALLAH SWT atas kejayaan penganjuran Lawatan Kasih Nisa Sepanggar 2011 bersama Yayasan Amal ke wad perubatan Kanak Kanak iaitu Melur satu dan Melur Dua di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Likas, Kota Kinabalu Sabah pada 20 Mac 2011
Kedatangan ahli Nisa Sepanggar dan Yayasan Amal seramai 24 orang disambut oleh Ketua Jururawat oncall dan dua orang Jururawat Masyarakat yang bertugas di ward tersebut. Pesakit kanak kanak yang berkeadaan stabil dikumpulkan di bilik permainan wad Melur satu. Hati begitu terhibur melihat gelagat kanak kanak yang kelihatan teruja menerima pengunjung. Kebanyakkan pesakit kanak kanak yang berada di ward Melur satu adalah mereka yang menderita penyakit kanser. Selain itu, terdapat juga penyakit penyakit lain seperti Asma dan demam panas.
Sesi lawatan dimulakan dengan sesi beramah mesra bersama pesakit kanak kanak dan ibubapa pesakit. Selain itu, diselitkan beberapa acara permainan seperti pertandingan mengira dan mengeja untuk pesakit kanak kanak ini. Biarpun mereka berjuang menentang kesakitan namun minda mereka masih cergas dan aktif untuk menjawab soalan yang diberikan.
Pesakit kanak kanak ini diberikan sedikit cenderahati dari Nisa Sepanggar dan Yayasan Amal iaitu berupa makanan ringan seperti gula gula dan coklat serta senaskah majalah 'Ana Muslim'. Terpancar wajah keriangan dan kegembiraan di wajah kanak kanak setelah mendapat hadiah tersebut. Aktiviti diteruskan dengan menziarahi pesakit kanak kanak yang berada di katil masing masing. Lawatan diteruskan ke wad Melur Satu iaitu unit rawatan rapi pediatrik. Keadaan pesakit kanak kanak di unit rawatan rapi kurang mengizinkan mereka untuk menyertai aktiviti yang dijalankan.
Nisa Sepanggar ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Pengarah Hospital, Matron, Sister, Staff Nurse, Jururawat Masyarakat dan semua staff Hospital Likas yang memberikan bantuan kepada Nisa Sepanggar dan Yayasan Amal sepanjang lawatan pada kali ini. InshaALLAH, Nisa Sepanggar akan menjadikan lawatan ke hospital Likas sebagai salah satu aktiviti bulanan Nisa Sepanggar.
0 ulasan:
Post a Comment